Cucu tikam nenek dakwa dirasuk 2 roh

Cucu tikam nenek dakwa dirasuk 2 roh

Cucu tikam nenek dakwa dirasuk 2 roh
KIATTISAK ditangkap kerana disyaki membunuh neneknya. – Foto KhaoSod

BANGKOK – Seorang lelaki Thailand yang menikam mati neneknya di rumah mereka di daerah Mueang, wilayah Udon Thani, mendakwa bahawa dirinya dirasuk oleh dua roh, lapor portal berita Thaiger kelmarin.

Polis mengesyaki kejadian pada Sabtu lepas itu berpunca daripada kegagalan suspek untuk mengambil ubat.

Polis dari Balai Polis Huai Luang menerima maklumat kira-kira pukul 7.50 pagi (waktu tempatan) mengenai seorang lelaki dalam keadaan tidak terkawal menyerang neneknya yang berusia 88 tahun di dalam sebuah rumah kayu dua tingkat.

Anggota-anggota polis dan penyelamat bergegas ke lokasi dan menemui suspek dikenali sebagai Kiattisak, masih berada di dalam rumah serta bersenjata.

Polis memujuk dan menahannya tanpa sebarang tentangan. Suspek kemudian menjalani pemeriksaan psikiatri.

Pihak berkuasa menemui mayat mangsa dikenali sebagai Tan itu dengan dua kesan tikaman di leher.

Dalam soal siasat pada hari sama, suspek mengaku membunuh neneknya, namun mendakwa dia dirasuk oleh dua roh dan hilang kawalan. – AGENSI

Cucu tikam nenek dakwa dirasuk 2 roh

 

DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Ugutan Pertandingan Tiga Penjuru Bukan Tanda Keberanian Politik – Abdul Halim

 

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker