Proses Pengukuhan Parti Perlu Dilakukan Segera – Armand Azha

Proses Pengukuhan Parti Perlu Dilakukan Segera – Armand Azha

Proses Pengukuhan Parti Perlu Dilakukan Segera – Armand Azha

KUALA LUMPUR, 6 Jan – Proses pengukuhan parti perlu dilakukan segera sebelum pihak lawan stabil semula, kata Ketua UMNO Bahagian Subang, Datuk Armand Azha Abu Hanifah

Menerusi hantaran di laman Facebooknya beliau berkata, pendirian Barisan Nasional (BN) untuk kekal bersama Kerajaan Perpaduan sehingga tamat penggal adalah selari dengan prinsip yang tidak pernah menyokong sebarang tindakan mengganggu-gugat ketidakstabilan politik negara.

“BN tolak ‘tebuk atap’, kekal bersama Kerajaan Perpaduan… ini dinyatakan oleh Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

“BN menegaskan pendirian menolak sebarang amalan ‘tebuk atap’ yang boleh menyebabkan kejatuhan Kerajaan Perpaduan, sebaliknya kekal komited bersama kerajaan sedia ada sehingga tamat penggal.

“Pengerusi BN, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, pendirian itu selari dengan prinsip parti yang sejak awal tidak pernah menyokong sebarang tindakan mencetuskan ketidakstabilan politik negara,” katanya.

Tambahnya, isu dalaman parti perlu diselesaikan terlebih dahulu untuk mengembalikan semula keyakinan rakyat.

“Fokus utama UMNO sekarang ialah pemantapan parti. Semua isu dalaman mesti diselesaikan dahulu sebelum kita bercakap tentang perkara-perkara lain. Selagi perang dalaman belum dihentikan, selagi itu keyakinan rakyat tidak akan kembali.

“Budaya melabel sesama sendiri dalam parti mesti dihentikan serta-merta. Tiada lagi kem A, kem B, atau apa-apa bentuk label yang memecahbelahkan. UMNO hanya akan kembali kuat bila kita bersatu sebagai satu pasukan, dengan satu tujuan memperkukuh parti dan mengembalikan kepercayaan rakyat. Enough is enough. Perpaduan dalaman adalah kunci paling penting.

“Dalam keadaan Perikatan Nasional (PN) sedang berpecah dan Pakatan Harapan (PH) pula tertekan dengan isu dalaman, inilah masa terbaik untuk UMNO/BN bangkit dan mengukuhkan semula kekuatan.

“Tetapi ini perlu dibuat dengan segera sebelum lawan kita stabil semula. Kita kini ada ‘upperhand untuk do support conversion’ kembali,” katanya lagi. – UMNO Online

Proses Pengukuhan Parti Perlu Dilakukan Segera – Armand Azha

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

PRK Lamag, Kinabatangan: Semoga Kemenangan Kepada Calon Kita – Ahmad Zahid

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker