Motika sah bersama NSFC

Motika sah bersama NSFC

Motika sah bersama NSFC
Jovan Motika kini pemain import terbaru Negeri Sembilan. – Foto NSFC

Seremban : Spekulasi mengenai kedudukan bekas penyerang Kuala Lumpur (KL) City FC, Jovan Motika yang sebelum ini dikaitkan dengan Negeri Sembilan FC (NSFC), kini terjawab apabila Motika diumumkan sebagai pemain import terbaharu skuad berkenaan bagi saingan Liga Malaysia (Liga-M) musim 2025/2026.

Musim lalu, Motika yang berusia 27 tahun dikatakan antara tonggak penting dalam membantu pencapaian KL City yang menduduki tempat keenam saingan Liga Super.

Hari ini, Motika diumumkan sebagai pemain import skuad Hobin Jang Hobin, yang diyakini bakal memberi impak positif kepada jentera serangan pasukan itu mengambil kira reputasi pemain terbabit di pentas Liga-M dan kelab luar negara.

“Laju, lincah, berbisa. Jovan Motika kini bersayap di Negeri Sembilan.

“Pihak kelab dengan bangganya mengumumkan ketibaan Jovan Motika bagi memperkuat barisan serangan.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Payung Besar Mahathir Untuk Siapa Sebenarnya


“Motika berusia 27 tahun sebelum ini beraksi bersama KL City FC telah membuat 23 penampilan dan menjaringkan empat gol,” kata Ketua Pegawai Eksekutif NSFC, Faliq Firdaus, dalam satu kenyataan.

Beliau berkata, pemain sayap ketinggian 175 sentimeter ini juga pernah membarisi skuad B-21 Bosnia-Herzegovina pada tahun 2019.

Sebelum ini, Negeri Sembilan FC sudah mengumumkan dua pemain import musim lalu yang dikekalkan iaitu Takumi Sasaki dari Jepun dan pemain dari Korea Selatan, An Sang-Su.

Motika sah bersama NSFC

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Perlukah UMNO Terima Hishamuddin Hussien?

 

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker