Kecederaan otot kaki gugat peluang Courtois sertai skuad Belgium
Kecederaan otot kaki gugat peluang Courtois sertai skuad Belgium

Madrid: Penjaga gol Belgium, Thibaut Courtois diragui dapat beraksi dalam perlawanan kelayakan Piala Dunia menentang Kazakhstan dan Liechtenstein selepas mengalami kecederaan otot kaki ketika bermain untuk Real Madrid, kata kelab Sepanyol itu, semalam.
Courtois, 33 tahun, mengalami kecederaan aduktor semasa perlawanan La Liga yang berakhir tanpa jaringan menentang Rayo Vallecano pada Ahad.
Madrid tidak menyatakan tempoh jangkaan kecederaan tersebut, namun laporan media Sepanyol mendakwa bahawa beliau akan berehat antara 10 hingga 12 hari.
Oleh itu, Courtois dijangka dapat kembali beraksi untuk perlawanan La Liga menentang Elche pada 23 November.
Ketiadaan Courtois membuka peluang kepada penjaga gol Manchester United, Senne Lammens yang berusia 23 tahun untuk membuat penampilan sulung bersama pasukan kebangsaannya sepanjang tempoh rehat antarabangsa November ini.
Mereka akan menamatkan kempen Kumpulan J menentang Liechtenstein tiga hari kemudian.
Kecederaan otot kaki gugat peluang Courtois sertai skuad Belgium
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Kembalikan Sepenuhnya Kuasa Mendidik Kepada Cikgu Sekolah
- Misi Global Sumud Flotilla Gagal?
- Mampukah Anwar Membawa Malaysia Keluar Dari Masalah Kemelut Fiskal
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
You must be logged in to post a comment.