2 rentung dalam kebakaran kereta di Plaza Tol Jitra
2 rentung dalam kebakaran kereta di Plaza Tol Jitra

JITRA: Dua individu rentung dalam sebuah kereta yang musnah dalam kebakaran di Plaza Tol Jitra, Lebuhraya Utara Selatan, arah utara, di sini, awal pagi hari ini.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Jitra, Penolong Kanan Penguasa Bomba Noor Azhar Tajudin berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kebakaran itu pada jam 1.05 pagi tadi.
Api marak menyebabkan sebuah kereta jenis Honda musnah dalam kebakaran di Plaza Tol Jitra sebelum dua individu ditemukan rentung. – Video tular pic.twitter.com/NN8z9N04VV
— Berita Harian (@bharianmy) January 19, 2026
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Penangguhan Pemilihan UMNO Bagi Tumpu PRU16 – Asyraf Wajdi
- Cadangan “Grand Collaboration” Terima Sokongan Perwakilan PAU – Azalina
- PAU 2025: UMNO Bakal Wujudkan Kolaborasi Agung Libatkan Parti Melayu-Islam
“Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah menerima panggilan berhubung kebakaran sebuah kereta di lokasi kejadian dan mengarahkan BBP Jitra ke lokasi dengan segera.

“Komander Operasi melaporkan, setibanya di lokasi kejadian, kebakaran membabitkan sebuah kereta Honda Civid FD dan api ketika itu sedang marak.
“Anggaran kemusnahan adalah sebanyak 85 peratus dan hasil pemeriksaan menemukan terdapat dua mangsa rentung dalam kereta terbabit.
“Bagaimanapun, setakat ini identiti dua mangsa rentung itu belum dikenal pasti setakat ini, ” katanya ketika dihubungi hari ini.

Noor Azhar berkata, api berjaya dikawal pada jam 1.23 pagi dan kerja-kerja pemotongan kenderaan dilakukan untuk mengeluarkan mangsa.
Beliau berkata, operasi turut disertai Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
“Mangsa kemudian diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut, ” katanya.
2 rentung dalam kebakaran kereta di Plaza Tol Jitra
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- UMNO Johor Sambut Baik Usul Kolaborasi Parti Melayu Islam
- PAU 2025: Kegusaran Dan Persoalan Orang Melayu Terjawab – Razlan
- Penyatuan Politik Melayu-Islam Demi Masa Hadapan Negara – Tengku Adnan
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
You must be logged in to post a comment.