Jurukimpal maut dihempap bakul besi jengkaut

Jurukimpal maut dihempap bakul besi jengkaut

​Jurukimpal maut dihempap bakul besi jengkaut
Seorang jurukimpal maut selepas dihempap bakul besi jengkaut di Pantai Kampung Tanjung, Batu Rakit, Kuala Nerus, hari ini. – Foto Ihsan pembaca

KUALA NERUS: Seorang pekerja maut ditindih bakul besi jengkaut ketika menjalankan kerja-kerja kimpalan di tapak projek pembinaan pemecah ombak di Pantai Kampung Tanjung, Batu Rakit di sini, pagi tadi.

Mohd Rosli Awang, 54, disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh petugas Klinik Kesihatan Batu Rakit dalam insiden jam 9.48 pagi itu.

Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Asisten Komisioner Azli Mohd Noor, berkata mangsa sedang melakukan kerja memateri besi pada bakul besi jengkaut bersama seorang penolong sebelum kejadian.

“Difahamkan, bakul besi itu terbalik tiba-tiba dan menimpa belakang mangsa.

“Penolongnya yang ada berdekatan segera mengalihkan bakul itu menggunakan jengkaut namun ketika itu mangsa sudah tidak sedarkan diri,” katanya di sini, hari ini.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Jangan Putar-Belit Isu Felda, Hentikan Tuduh UMNO – Tengku Haphiz



Azli berkata, pemeriksaan awal mendapati tiada unsur jenayah dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR).

Katanya, mayat mangsa dihantar ke Unit Forensik Hospital Sultan Zainal Abidin (HoSZA) untuk proses bedah siasat.

Jurukimpal maut dihempap bakul besi jengkaut

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Kes Sulu: Hargai Usaha Kekalkan Kedaulatan, Tolak Tuntutan Tidak Berasas – Rosni Zahari

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker