Siapa lebih konsisten akan menang – Kai Wun
Siapa lebih konsisten akan menang – Kai Wun

Kuala Lumpur: Beregu lelaki negara, Man Wei Chong-Tee Kai Wun melihat permainan konsisten menjadi faktor utama mereka berjaya meraih kemenangan straight set ke atas bekas gandingan nombor satu dunia, Kim Astrup-Anders Skaarup Ramussen pada pusingan pertama Terbuka Malaysia, hari ini.
Bagi Kai Wun, perlawanan menentang Astrup-Ramussen bukan mudah kerana lawan mempamerkan persaingan sengit namun mereka berjaya mencari ruang untuk mematikan bola dan mendapatkan mata demi mata untuk mencatat kemenangan 21-17, 21-18.
“Saya rasa perlawanan pertama kita kena konsisten terlebih dahulu, lepas itu baru fikir macam mana nak dapatkan mata. Dari pihak kita sendiri, kita buat yang terbaik dalam perlawanan ini. Dari situ, baru boleh kita kacau momentum mereka,” katanya selepas perlawanan.
Mengulas mengenai pertemuan menentang gandingan Jepun, Hiroki Midorikawa-Kyohei Yamashita di pusingan kedua Khamis ini, Kai Wun menyatakan setiap lawan mempunyai kekuatan tersendiri dan mereka harus bersedia memberikan persembahan cemerlang untuk memastikan tiket suku akhir menjadi milik Malaysia.
Sementara itu, Wei Chong turut berpuas hati kerana berjaya membalas dendam atas kekalahan di Terbuka Singapura tahun lalu.
“Saya rasa gembira juga sebab tahun lalu di Terbuka Singapura kita kalah. Kami akan berehat dan bersiap sedia untuk pusingan seterusnya,” katanya.
Siapa lebih konsisten akan menang – Kai Wun
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Proses Pengukuhan Parti Perlu Dilakukan Segera – Armand Azha
- Pak Mus Santuni Warga Palong, Sampaikan Sumbangan Beg Sekolah
- UMNO Perlis Perkukuh Hala Tuju, Rangka Langkah Strategik Gerak Kerja Parti
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
UMNO Tidak Perlu Skeptikal Perjuang Agama, Bangsa Dan Negara
You must be logged in to post a comment.