Rembatan Mane bawa Senegal ke final

Rembatan Mane bawa Senegal ke final

Rembatan Mane bawa Senegal ke final
MANE (kanan) meraikan jaringan yang dihasilkan. FOTO AFP

Tangier: Sadio Mane meledak gol kemenangan dramatik 12 minit sebelum tamat perlawanan untuk membawa Senegal mara ke final Piala Negara-Negara Afrika selepas menewaskan Mesir 1-0 dalam aksi separuh akhir yang tegang, awal pagi tadi.

Kemenangan itu memang layak buat Senegal yang mendominasi perlawanan, dengan Mesir langsung gagal mencipta sebarang percubaan tepat ke gawang atau memaksa sepakan penjuru sebelum dibolosi.

Bagaimanapun, Senegal berdepan kesukaran untuk menembusi benteng kental Mesir dan hanya mendapat peluang hasil lantunan bertuah yang membuka ruang kepada Mane.

Namun, rembatan Mane dari luar kotak penalti cukup berkualiti untuk memenangi mana-mana perlawanan, sekali gus memastikan Senegal mara ke final menentang sama ada tuan rumah, Maghribi, Isnin ini.

“Saya agak bernasib baik, kena akui, kerana bola datang entah dari mana,” kata Sadio Mane.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Jadikan PAU 2025 Penentu Hala Tuju, Jangan Biar Parti ‘Diracik-racik’ – Mohd Razlan


“Ia terkena perut saya, kedudukannya baik dan secara spontan saya melepaskan rembatan sekali sentuh.”

Senegal terus menguji sepanjang perlawanan dalam usaha mencari ruang, namun peluang jelas agak terhad.

Nicolas Jackson yang kembali disenaraikan dalam kesebelasan utama melepaskan rembatan kencang melepasi palang pada minit ke-19, disusuli percubaan Habib Diarra dan Pape Gueye yang mudah diselamatkan penjaga gol Mesir, Mohamed El Shenawy.

Pada babak kedua, Senegal kekal mendominasi penguasaan bola tetapi sekali lagi hanya mampu mencipta percubaan jarak jauh sebelum jaringan Mane memecah kebuntuan.

Selepas ketinggalan, Mesir akhirnya meningkatkan tekanan dengan memasukkan tiga penyerang dalam usaha terdesak untuk kembali ke perlawanan.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

UMNO Tidak Pernah Tolak, Eksploitasi Islam – Ahmad Zahid


Percubaan Omar Marmoush pada masa kecederaan yang diselamatkan Edouard Mendy menjadi satu-satunya ancaman sebenar Mesir.

“Kami memang layak menang,” kata pertahanan Senegal, Moussa Niakhate.

“Kami menghalang mereka daripada bermain mengikut corak sendiri. Kami bertekad memaksakan gaya permainan kami. Pada tahap ini, kami sangat kuat.”

Rembatan Mane bawa Senegal ke final

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Kerjasama Politik Bukan Tiket Percuma Lunakkan Prinsip Asas UMNO

 



Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker