Prebet sapu warga India ditahan, caj RM180 perjalanan Bandar Sunway ke KLIA
Prebet sapu warga India ditahan, caj RM180 perjalanan Bandar Sunway ke KLIA

PETALING JAYA: Seorang lelaki warga India ditahan kerana menyediakan khidmat ‘prebet sapu’ dengan membawa penumpang dari sebuah hotel di Bandar Sunway, di sini ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).
Ketika ditahan lelaki berusia lingkungan 30-an itu mendakwa baru hari pertama menjalankan kegiatan berkenaan, dengan alasan untuk membantu syarikatnya.
Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Selangor, Azrin Borhan, berkata ketika diperiksa lelaki berkenaan mempunyai lesen memandu P (Percubaan) dan berdasarkan resit pelanggan mendapati dia mengenakan tambang RM180 untuk perjalanan terbabit.
Beliau berkata, JPJ kemudian menyita kenderaan jenis Toyota Innova digunakan yang didaftarkan di atas nama sebuah syarikat persendirian.
“Kita memandang serius isu berkenaan dan memberi jaminan pemantauan dan operasi penguatkuasaan secara berterusan akan dilaksanakan.
“JPJ Selangor sentiasa memberi perhatian dan menjalankan pemantauan secara berterusan ke atas semua aduan dan memastikan kenderaan sentiasa mematuhi peraturan dan undang-undang jalan raya yang ditetapkan,” katanya.
Sebarang aduan kesalahan lalulintas, orang awam boleh menyalurkan kepada [email protected] atau platform aplikasi e-aduan beserta butiran pengadu dan butiran aduan.
Prebet sapu warga India ditahan, caj RM180 perjalanan Bandar Sunway ke KLIA
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Apa Lagi Yang Tengku Maimun Cuba Buktikan
- Selepas Himpunan Turun Anwar, Apakah Ada Langkah Seterusnya?
- Menuduh 160 Ketua UMNO Bahagian Biadab Adalah Sangat Tidak Beretika
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
You must be logged in to post a comment.