Indonesia mulakan pembenihan awan
Indonesia mulakan pembenihan awan

JAKARTA: Indonesia akan memulakan operasi pembenihan awan pada Isnin bagi menangani kebakaran hutan dan tanah yang semakin buruk di Wilayah Riau, menurut pegawai.
Jurucakap Agensi Pengurusan Bencana Nasional (BNPB), Abdul Muhari berkata operasi itu akan dijalankan sekurang-kurangnya selama tujuh hari dan boleh dilanjutkan bergantung kepada keadaan di lapangan.
“Sebuah pesawat Cessna dijadual berlepas dari Lapangan Terbang Pondok Cabe di Wilayah Banten pada Ahad, dan operasi pembenihan awan akan dilakukan pada Isnin menggunakan natrium klorida (NaCl) untuk merangsang hujan di kawasan yang terjejas akibat kebakaran,” katanya dalam kenyataan.

Data daripada Agensi Meteorologi, Klimatologi dan Geofizik (BMKG) menunjukkan terdapat 1,208 tompok panas di seluruh Sumatera setakat Ahad, termasuk 586 di Riau.
Laporan stesen penyiaran tempatan Metro TV menyatakan jerebu yang terhasil telah sampai ke beberapa bahagian di Malaysia.
BNPB turut mengerahkan sebuah helikopter Bell 206 untuk rondaan udara dan memindahkan sebuah helikopter pengebom air Mi-8MSB-T dari Palembang ke Riau.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Payung Besar Mahathir Untuk Siapa Sebenarnya
- Apakah Kemasukan Semula KJ Mempunyai Tambah Nilai Kepada UMMO
- Kemasukan Tengku Zafrul Ke PKR Bakal Gugat Keharmonian Kerajaan Perpaduan
Pengajaran Penting Kepada Malaysia Dari Perang Di Timur Tengah
Pasukan petugas darat turut digerakkan melibatkan pegawai bencana, anggota tentera, polis, pasukan bomba serta sukarelawan.
Indonesia mulakan pembenihan awan
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Perlukah UMNO Terima Hishamuddin Hussien?
- Rupanya Gencatan Senjata Yang Di Umumkan Trumph Hanya Syok Sendiri
- Apa Lagi Yang Rafizi Tak Puas Hati
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Pelantikan Semula Tengku Maimun Bukan Penyelesaian Kredibiliti Institusi Kehakiman
You must be logged in to post a comment.