Sembilan pemain PSG dominasi senarai calon Ballon d’Or

Sembilan pemain PSG dominasi senarai calon Ballon d’Or

Sembilan pemain PSG dominasi senarai calon Ballon d'Or
BARISAN pemain PSG ketika meraikan kejayaan muncul juara Liga Juara-Juara musim lalu. FOTO AFP

Paris: Sembilan pemain dari skuad Paris Saint-Germain (PSG) yang merangkul treble musim lalu dicalonkan untuk anugerah Ballon d’Or tahun ini, bersama jurulatih kelab itu, Luis Enrique, menurut pengumuman senarai calon oleh France Football, hari ini.

Antara pemain PSG yang tersenarai dalam 30 calon akhir ialah Ousmane Dembele, Gianluigi Donnarumma, Desire Doue, Achraf Hakimi, Khvicha Kvaratskhelia, Nuno Mendes, Joao Neves, Fabian Ruiz dan Vitinha.

Dembele menyerlah musim lalu dengan menjaringkan 35 gol dan mencipta 16 bantuan gol dalam semua kejohanan ketika PSG menjuarai Ligue 1, Piala Perancis dan Liga Juara-Juara serta muncul naib juara Piala Dunia Kelab selepas tewas kepada Chelsea.

Turut dicalonkan ialah Raphinha dari Barcelona (34 gol, 25 bantuan), Mohamed Salah dari Liverpool (34 gol, 23 bantuan) yang turut dinamakan Pemain Terbaik Liga Perdana Inggeris (EPL) musim lalu, serta penyerang Manchester City, Erling Haaland (34 gol, lima bantuan).

Scott McTominay turut mencipta sejarah apabila menjadi pemain Scotland pertama dalam tempoh 38 tahun yang tersenarai, selepas dinamakan Pemain Paling Bernilai (MVP) Serie A setelah membantu Napoli menjuarai liga.

Pemain muda Barcelona, Lamine Yamal (18 gol, 25 bantuan), turut disenaraikan dan pada masa sama dicalonkan untuk Trofi Kopa bagi pemain bawah 21 tahun terbaik – anugerah yang dimenanginya tahun lalu.

Bagi anugerah Ballon d’Or wanita, lima pemain England dicalonkan selepas kejayaan mereka menjulang kejuaraan Euro iaitu termasuk penjaga gol, Hannah Hampton, Lucy Bronze, Alessia Russo, Chloe Kelly dan Leah Williamson.

Legenda Brazil, Marta, yang kembali daripada persaraan untuk mengetuai Brazil menjuarai Copa America Wanita pada usia 39 tahun, turut berada dalam senarai pencalonan.

Selain Luis Enrique, dua lagi calon bagi anugerah Jurulatih Terbaik Lelaki ialah Enzo Maresca, yang membimbing Chelsea memenangi kejuaraan Piala Dunia Kelab, dan Arne Slot dari Liverpool yang memenangi kejuaraan EPL dalam musim pertamanya bersama kelab itu.

Bagi kategori jurulatih wanita pula, pencalonan diketuai oleh Sonia Bompastor yang membawa Chelsea memenangi treble domestik, Renee Slegers yang membawa Arsenal menjulang trofi Liga Juara-Juara buat kali kedua, dan Sarina Wiegman yang membantu England mempertahankan kejuaraan Euro mereka.

Sembilan pemain PSG dominasi senarai calon Ballon d’Or

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Apa Lagi Yang Tengku Maimun Cuba Buktikan

 

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker