Hampir 4.9 juta saman JPJ belum dijelaskan, tunggakan cecah RM1.4 bilion
Hampir 4.9 juta saman JPJ belum dijelaskan, tunggakan cecah RM1.4 bilion

KUALA LUMPUR: Hampir 4.9 juta saman Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) masih belum diselesaikan orang awam dengan nilai tunggakan hampir RM1.4 bilion, ketika tempoh diskaun 50 peratus saman bakal berakhir 30 Disember ini.
Ketua Pengarah Pengangkutan Jalan, Datuk Aedy Fadly Ramli, memaklumkan sejak diskaun saman bermula 1 November lalu, hanya sekitar 520,000 saman sudah dijelaskan dengan kutipan kira-kira RM70 juta.
Katanya, orang awam masih mempunyai tempoh kira-kira 14 hari lagi untuk memanfaatkan tawaran diskaun berkenaan sebelum ia berakhir.
“Setakat ini, baki saman yang belum diselesaikan masih tinggi iaitu sebanyak 4.891 juta dengan jumlah tunggakan hampir RM1.4 bilion.
“Peluang diskaun 50 peratus ini diberi sehingga 30 Disember dan tiada lanjutan tempoh selepas itu,” katanya pada sidang media Ops Luxury Bilangan 4 di Depoh Sitaan B JPJ Kuala Lumpur, di sini, hari ini.
Turut hadir, Pengarah Kanan Penguatkuasa JPJ, Datuk Muhammad Kifli Ma Hassan serta Pengarah JPJ Kuala Lumpur, Hamidi Adam.
Aedy Fadly berkata, sebahagian besar saman tertunggak membabitkan pesalah yang masih aktif di jalan raya, termasuk saman lama yang belum diselesaikan.
“Ada saman yang tertunggak lebih 10 tahun dan masih belum dijelaskan.
“Semakan saman boleh dibuat melalui aplikasi MyJPJ, portal JPJ atau hadir terus ke kaunter bagi mendapatkan maklumat lengkap,” katanya.
Menurut beliau, diskaun 50 peratus itu terbuka kepada semua orang awam dan merangkumi semua jenis saman di bawah JPJ.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Isu UEC Perlu Dinilai, Tolak Sentimen Emosi Atau Perkauman – Rushamizan
- Senario MIC: Tidak Salah Kenyataan Presiden UMNO – Hafiz Ariffin
- UMNO Sabah Perkukuh Semangat Perjuangan Pasca PRU DUN Sabah – Samasuddin
Jamal Nerubi Hargai Kejayaan, Kemenangan Kes Sulu Pertahan Maruah Negara
“Sebagai contoh, saman asal RM300 hanya perlu dibayar RM150 sepanjang tempoh diskaun ini,” katanya.
Beliau turut mengingatkan bermula 1 Januari 2026, kadar saman akan kembali kepada jumlah asal tanpa sebarang pengurangan.
“Selepas 30 Disember, tiada lagi diskaun diberikan dan tiada lanjutan tempoh, jadi kita minta semua pemilik saman JPJ ambil kesempatan untuk lunaskan saman masing-masing.
“Diskaun ini juga sebahagian persediaan sebelum pelaksanaan struktur bayaran saman mengikut tempoh seperti ditetapkan kerajaan,” katanya.
Aedy Fadly menegaskan kegagalan menyelesaikan saman boleh membawa kepada tindakan lebih tegas pada masa hadapan.
“Saya menyeru orang awam supaya tidak menunggu saat akhir dan segera menyelesaikan saman tertunggak sebelum tempoh diskaun berakhir,” katanya.
Hampir 4.9 juta saman Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ)
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- ‘Jangan Lagi Singgung Perasaan, Sensitiviti Rakyat… Ini Masa Untuk Bekerja’
- Rombakan Kabinet: Portfolio BN ‘Daya Sentuh’ Tinggi Terhadap Ekonomi Rakyat – Penganalisis
- BN Perlu Menyerlah, Pulihkan Keyakinan Rakyat Terhadap Politik Yang Berfungsi
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
‘Jangan Lagi Singgung Perasaan, Sensitiviti Rakyat… Ini Masa Untuk Bekerja’
You must be logged in to post a comment.