Pensyarah kanan universiti 2 kali diperdaya sindiket

Pensyarah kanan universiti 2 kali diperdaya sindiket

Pensyarah kanan universiti 2 kali diperdaya sindiket`
Pensyarah kanan universiti 2 kali diperdaya sindiket“““““““““““““““““““““““““““““““

KUALA TERENGGANU: Ibarat sudah jatuh ditimpa tangga, seorang pensyarah kanan sebuah universiti terpedaya dengan dua kes penipuan yang berlaku hanya selang beberapa hari membabitkan pelaburan kripto dan sindiket ‘parcel scam’.

Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Asisten Komisioner Azli Mohd Noor, berkata mangsa lelaki berusia 54 tahun mengalami kerugian RM162,170 membabitkan pelaburan kripto dan RM10,000 bagi kes ‘parcel scam’.

Menurutnya, bagi kes penipuan kripto mangsa pada 15 Julai berkenalan dengan seorang perempuan warga Hong Kong di laman media sosial Tilmatch dan kenalannya itu memperkenalkan serta memberi penerangan berkenaan pelaburan wang kripto kepadanya.

Katanya, pada 19 Julai mangsa kemudian berminat menyertai pelaburan itu dan mendaftar dalam pautan ‘cryptoproe’ iaitu platform pelaburan.

“Bermula 19 hingga 25 Julai mangsa membuat lima transaksi bayaran dari akaun Luno miliknya ke platform pelaburan cryptoproe dengan jumlah RM162,170.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Rupanya Gencatan Senjata Yang Di Umumkan Trumph Hanya Syok Sendiri


“Pengadu hanya menyedari diperdaya selepas mendapati tidak boleh mengeluarkan keuntungan ‘coin’ dari platform berkenaan tetapi masih di minta untuk menambah modal pelaburan dari sindiket,” katanya.

Menurutnya, sumber kewangan mangsa adalah daripada simpanan peribadi sebelum membuat laporan polis kira-kira jam 5.07 petang semalam.

Azli berkata, bagi kes ke dua, pada 27 Julai lalu kira-kira jam 7.15 pagi bertempat di kediamannya, mangsa berkenalan dengan individu yang dikenali sebagai Elizabeth di aplikasi TilMatch dan menjalinkan hubungan percintaan di alam maya.

Menurutnya, mangsa kemudian memberikan alamat kediamannya bagi memudahkan Elizabeth membuat penghantaran barang ke Malaysia.

“Namun, ada pihak yang mendakwa sebagai kurier speed parcel kemudian meminta mangsa membuat pembayaran barang itu sebanyak RM4,000 dan juga kononnya kastam sudah mengenalpasti ada wang yang dikirim kepada mangsa.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Kemasukan Tengku Zafrul Ke PKR Bakal Gugat Keharmonian Kerajaan Perpaduan


“Oleh itu bagi menyelesaikan masalah berkenaan, mangsa dikehendaki membuat pembayaran sebanyak RM8,500 namun mangsa hanya mampu membayar RM6,000 untuk pelepasan barang berkenaan,” katanya.

Beliau berkata, ketika mangsa ingin membuat pembayaran baki tunggakan RM2,500 di sebuah mesin ATM di bandar raya ini, mangsa mendapati transaksi itu tidak boleh dilakukan.

Menurutnya, hasil semakan mangsa dengan pihak anti scam bank berkenaan mendapati akaun pindahan wang itu terbabit dalam aktiviti penipuan.

Katanya, selepas itu mangsa menyedari dirinya diperdaya hingga mengalami kerugian berjumlah RM10,000 dan sumber kewangan pengadu adalah wang simpanan miliknya.

“Mangsa kemudian membuat laporan polis di Balai Polis Kuala Terengganu kira-kira jam 3.12 petang semalam dan kedua-dua kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan,” katanya.

 

Pensyarah kanan universiti 2 kali diperdaya sindiket

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Selepas Himpunan Turun Anwar, Apakah Ada Langkah Seterusnya?

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker