Lelaki mengaku bunuh isteri direman 7 hari
Lelaki mengaku bunuh isteri direman 7 hari

BUKIT MERTAJAM: Lelaki yang menyerah diri, semalam, selepas mengaku membunuh isterinya di rumah mereka di sebuah pangsapuri di Jalan Tuna, Seberang Jaya di sini, direman selama tujuh hari.
Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah (SPT), Asisten Komisioner Helmi Aris, berkata perintah reman dibenarkan Majistret di Mahkamah Bukit Mertajam bermula dari hari ini hingga 18 Disember.
Katanya, ia bagi membolehkan siasatan lanjut dijalankan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
Beliau berkata, terdahulu pihaknya menerima maklumat daripada seorang lelaki pada jam 11.30 pagi semalam yang mengaku telah membunuh isterinya di kediaman mereka.
“Bertindak atas maklumat berkenaan, sepasukan polis daripada Bahagian Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) SPT bergegas ke lokasi.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Rukun Negara Perlu Diangkat Semula, Yussof Latiff Tegaskan Pentingnya Penghayatan
- Jangan Tuduh UMNO Semberono, Kerajaan Terengganu Urus FELDA Pun Masih Kelam-kabut
- Zahari Terus Komited Turun Padang, Santuni Rakyat Di Kawasan
Jangan Putar-Belit Isu Felda, Hentikan Tuduh UMNO – Tengku Haphiz
“Pasukan menjumpai mangsa berada dalam keadaan terbaring dan lengkap berpakaian di atas tilam dalam sebuah bilik tidur, dipercayai sudah meninggal dunia beberapa hari lalu.
“Pasukan forensik Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ), Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pulau Pinang, yang menjalankan siasatan di lokasi telah mengambil beberapa sampel berkaitan insiden, selain menemui sebilah pisau dipercayai digunakan dalam kejadian itu,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
Setakat ini, Helmi berkata, motif kejadian masih dalam siasatan dan mayat mangsa dihantar ke Unit Forensik, Hospital Seberang Jaya (HSJ), untuk bedah siasat.
Justeru, beliau meminta saksi awam yang ada maklumat mengenai kejadian itu supaya tampil ke IPD SPT atau mana-mana balai polis berhampiran bagi membantu siasatan.
Semalam, Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Azizee Ismail, dilapor mengesahkan pihaknya menjalankan siasatan lanjut selepas suspek berumur 28 tahun itu menyerah diri dan mengaku membunuh isterinya di Seberang Jaya di sini, empat hari lalu.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Johor Terus Amalkan Pendekatan Kolaboratif Dalam Agenda Perumahan Rakyat – Mohd Jafni
- Ahmad Zahid Tegaskan Kepentingan Memperkasa Ekosistem Perlindungan Sosial Negara
- Mohd Zaidy Tegaskan Komitmen Demi Rakyat Dalam Perbahasan Belanjawan Negeri Sembilan 2026
Dakwaan UMNO Terengganu Cuba Timbulkan Polemik Tidak Berasas – Rozi Mamat
Mangsa berusia 44 adalah ibu tunggal kepada lima anak sebelum berkahwin dengan suspek, dua tahun lalu.
Lelaki mengaku bunuh isteri direman 7 hari
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Belia Negeri Sembilan Diperkasa, Mohd Razi Tegaskan Terus Komited Lahirkan Pemimpin Masa Depan
- Pemuda UMNO Sambut Baik Keputusan Kes Sulu, Kemenangan Pertahan Kedaulatan Negara
- Sharif Musa Seru Ahli UMNO Sabah Perkukuh Kesatuan di Bawah Kepimpinan Baharu
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Kes Sulu: Hargai Usaha Kekalkan Kedaulatan, Tolak Tuntutan Tidak Berasas – Rosni Zahari
You must be logged in to post a comment.