Remaja perempuan 19 tahun maut, terjatuh tingkat 19 kondominium
Remaja perempuan 19 tahun maut, terjatuh tingkat 19 kondominium

KUALA LUMPUR: Seorang remaja perempuan berusia 19 tahun maut selepas dipercayai terjatuh dari tingkat 19 sebuah kondominium di Batu Caves, dekat sini, kelmarin.
Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Noor Ariffin Mohamad Nasir, berkata anggota polis bergegas ke tempat kejadian selepas menerima maklumat seorang wanita yang ditemui tidak sedarkan diri di kondominium terbabit kira-kira jam 5.49 petang.
“Pasukan polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gombak bersama petugas perubatan Hospital Selayang digerakkan ke lokasi bagi menjalankan pemeriksaan awal.
“Bagaimanapun mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian selepas dipercayai jatuh dari tingkat 19 bangunan kondominium berkenaan,” katanya dalam kenyataan, hari ini.
Menurutnya, siasatan mendapati mangsa adalah seorang wanita tempatan berusia 19 tahun.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Sekolah Patriotik UMNO Jadi ‘Game Changer’, Perkukuh Masa Depan Parti – Shahaniza
- Jeffery Nor Rakam Penghargaan Kepada TPM Ahmad Zahid Lulus Peruntukan PPRS
- Pilihan Raya Datuk Bandar KL: Kestabilan, Kesejahteraan Dan Keutamaan Warga Kota
Utamakan Kebajikan Warga KL, Bukan Pilihan Raya Datuk Bandar – Gulam Muszaffar
“Pemeriksaan awal di lokasi tidak menemukan sebarang unsur jenayah dan hasil bedah siasat mengesahkan punca kematian akibat kecederaan parah di bahagian kepala yang konsisten dengan impak jatuh dari tempat tinggi.
“Kes diklasifikasikan sebagai laporan kematian mengejut (SDR),” katanya.
Dalam pada itu, Noor Ariffin menasihatkan orang ramai tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh mengganggu siasatan serta menghormati privasi ahli keluarga mangsa.
Katanya, sebarang maklumat berkaitan kejadian ini boleh disalurkan kepada Pegawai Penyiasat merangkap Ketua Balai Selayang, Inspektor Mohd Ridzuan Alang di talian 019-4492685 atau Bilik Gerakan IPD Gombak di talian 03-61262222.
Remaja perempuan 19 tahun maut, terjatuh tingkat 19 kondominium
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Johor Perkukuh Ekosistem Bandar Pintar Melalui Peruntukan 2026
- RUU Jenayah Siber Lindungi Keselamatan Siber Negara, Hak Pengguna Di Ruang Digital
- Hentikan Cadangan Mengundang Salah Tafsir, Utamakan Masalah Rakyat – Dr Masliha
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Bimbingan Khas Warga Emas, OKU Mudahkan Pendaftaran MyDigital ID
You must be logged in to post a comment.