Saarani Sampaikan Bantuan Keusahawanan, Baik Pulih Rumah
Saarani Sampaikan Bantuan Keusahawanan, Baik Pulih Rumah

KUALA LUMPUR, 31 Dis – Menteri Besar Perak Datuk Seri Saarani Mohamad berbesar hati menyampaikan Bantuan Usahawan Lenggong, bagi meringankan beban peniaga menjalankan perniagaan, khususnya dalam mendepani cabaran kos sara hidup semasa.
Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Tampan berkata, bantuan tersebut disalurkan menerusi Program Pembangunan Sosioekonomi Komuniti (PROSPEK) Lenggong anjuran Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW).
“Syukur Alhamdulillah, bagi tahun ini, usahawan-usahawan di DUN Kota Tampan menerima bantuan keusahawanan berjumlah RM28,108.00 berupa pelbagai peralatan perniagaan.
“Mudah-mudahan bantuan ini dapat bantu mereka kembangkan lagi perusahaan dan tambah pendapatan,” katanya menerusi satu hantaran di Facebook.
Selain itu turut disampaikan Bantuan Baik Pulih Rumah oleh Perbadanan Pembangunan Pertanian Negeri Perak.
Menurut Saarani, sejumlah RM111,816.50 peruntukan bagi bantuan baik pulih rumah keluarga yang memerlukan untuk kediaman lebih selamat dan selesa.
“Dalam kesempatan yang sama, saya turut sampaikan 30 buah bantuan kotak makanan kepada keluarga yang kurang berkemampuan.
“Semoga segala bantuan yang telah disumbangkan ini benar-benar dapat beri manfaat kepada keluarga penerima untuk mereka terus bangkit dan melangkah ke hadapan,” ujar beliau.

Sementara itu menerusi perkongsian berbeza beliau turut sama turun padang untuk santai minum petang dengan komuniti masyarakat Cina Ayer Kala, Selat Pagar dan Padang Gerus, Lenggong.
Kesempatan tersebut dimanfaatkan sebaiknya untuk beliau beramah mesra dan bertanya khabar dengan orang ramai.
“Dalam santai, sempat saya bertanya khabar dan bertukar cerita tentang kehidupan di kampung. Walaupun pertemuan singkat tapi cukup bermakna.
“Saya sentiasa percaya, keharmonian dan kebersamaan antara kaum adalah asas kepada kekuatan negeri ini.
“Mudah-mudahan hubungan baik yang terjalin ini akan terus erat dan kekal demi Lenggong yang makmur dan sejahtera,” katanya lagi. – UMNO Online
Saarani Sampaikan Bantuan Keusahawanan, Baik Pulih Rumah
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Fadzli Berharap Majlis Daerah Raub Terus Komited Bersama Tingkat Hasil Pendapatan Negeri
- Exco Pemuda UMNO, Md Jamil Fauzi berpandangan cadangan Pemuda
- Onn Hafiz Imbas Perjalanan 2025, Tekad Terus Berkhidmat Demi Rakyat Machap
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Pas, Bersatu Ditimpa Kifarah Politik Akibat Khianati UMNO
You must be logged in to post a comment.