Azhari Yakin PAU 2025 Bawa Gelombang Hala Tuju Kebangkitan UMNO

Azhari Yakin PAU 2025 Bawa Gelombang Hala Tuju Kebangkitan UMNO

Azhari Yakin PAU 2025 Bawa Gelombang Hala Tuju Kebangkitan UMNO

KUALA LUMPUR, 8 Jan – Ketua UMNO Bahagian Shah Alam, Datuk Azhari Shaari berpandangan Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2025 kali ini perlu menjadi titik tolak kepada kebangkitan parti secara menyeluruh.

Beliau berkata, PAU 2025 bukan sahaja medan solidariti, malah harus menjadi isyarat jelas kepada seluruh ahli bahawa UMNO bersedia bangkit dan menghadapi cabaran mendatang.

“PAU kali ini akan mengukuhkan lagi parti, solidariti antara kepimpinan di semua peringkat kepada kepimpinan di atas terutamanya Presiden, dengan meletakkan kepercayaan sepenuhnya kepada beliau untuk kemudi parti ini.

“Saya yakin dan percaya apa sahaja isu berbangkit ketika ini Presiden mengambil berat dan perhatian tentang langkah sejawarnya,” katanya ketika dihubungi UMNO Online.

Menurut beliau lagi, perhimpunan kali ini dijangka memberi impak besar kepada hala tuju parti menjelang Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

UMNO Tidak Perlu Skeptikal Perjuang Agama, Bangsa Dan Negara


“PAU kali ini diharapkan memberikan mesej jelas dan gelombang kebangkitan yang kuat.

“Kerana kemungkinan ini adalah PAU yang terakhir sebelum Pilihan Raya Umum jadi persidangan ini menjurus kepada persediaan untuk hadapi pilihan raya yang mungkin setahun lebih sahaja lagi

“Semoga PAU ini membawa satu impak di mana parti akan bangkit dan pulih daripada segala permasalahan dan fokus kepada menghadapi PRU dalam apa juga keadaan sekalipun,” ujar beliau.

Terdahulu, PAU 2025 yang dijadualkan berlangsung pada 26 hingga 29 November telah ditangguhkan ke 14 hingga 17 Januari bagi memberi laluan kepada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah.

PAU yang bakal berlangsung minggu hadapan akan dimulakan dengan perasmian serentak Wanita, Pergerakan Pemuda dan Puteri pada hari Rabu, sebelum acara kemuncaknya pada hari Jumaat yang melibatkan upacara menaikkan bendera serta sesi perbahasan. – UMNO Online

Azhari Yakin PAU 2025 Bawa Gelombang Hala Tuju Kebangkitan UMNO

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

PAU 2025: Penentu Hala Tuju UMNO Menjelang PRU16 – Sollehin

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker