Hilang di Kuala Pilah, ditemui di Melaka

Hilang di Kuala Pilah, ditemui di Melaka

KUALA PILAH – Tiga kanak-kanak perempuan yang dilaporkan hilang dari pusat jagaan anak-anak yatim dan terbiar, di daerah ini, Jumaat lalu ditemukan di Simpang Bekoh, Melaka, malam tadi.

Ketua Polis Daerah Kuala Pilah, Superintenden Amran Mohd. Ghani berkata, ketiga kanak-kanak perempuan berkenaan di bawa ke Balai Polis Simpang Bekoh selepas mendapat maklumat daripada orang awam mengenai keberadaan mereka.

Menurutnya, kira-kira pukul 9 malam, pihak Bahagian Siasatan Jenayah IPD Kuala Pilah memeriksa tiga kanak-kanak perempuan Melayu bersama dua perempuan dewasa Melayu di Balai Polis Simpang Bekoh.

“Hasil pemeriksaan mendapati ketiga-tiga kanak-kanak tersebut merupakan kanak-kanak yang dilaporkan hilang dari sebuah pusat jagaan anak-anak yatim dan terbiar di Taman Cemerlang Kuala Pilah.

“Ketiga-tiga kanak-kanak tersebut telah dijumpai dalam jagaan nenek berusia 67 tahun kepada salah seorang kanak-kanak tersebut.

“Kesemua kanak-kanak tersebut berada dalam keadaan sihat dan tidak mengalami sebarang kecederaan serta diserahkan semula kepada pihak pengurusan pusat jagaan,” katanya kepada pemberita, di sini, hari ini.

Semalam, media melaporkan ketiga-tiga mereka yang berusia antara 11 hingga 14 tahun itu dilaporkan hilang dari sebuah pusat jagaan anak-anak yatim milik badan bukan kerajaan (NGO) dan laporan kehilangan dibuat oleh pusat jagaan tersebut pada hari sama. K Online

Hilang di Kuala Pilah, ditemui di Melaka

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Pelawak, isteri direman, bantu siasatan kes sebar maklumat dalaman polis

Waran tangkap saya tidak masuk akal – Norjuma

Fazura akhirnya bersuara mengenai rumahtangganya

Candat sotong tepi highway Guthrie (Video)

Related Articles

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker