Rooney bangga kejayaan Macclesfield kejutkan Crystal Palace

Rooney bangga kejayaan Macclesfield kejutkan Crystal Palace

Rooney bangga kejayaan Macclesfield kejutkan Crystal Palace
PENGURUS Macclesfield Town, John Rooney (kiri) ditemuramah abangnya Wayne Rooney sebelum aksi pusingan ketiga Piala FA Inggeris menentang juara bertahan Crystal Palace di Stadium Moss Rose, Macclesfield. Kelab divisyen keenam itu melakar kejutan terbesar apabila menang 2-1. FOTO AFP

Macclesfield: Wayne Rooney hampir menitiskan air mata apabila menyaksikan adiknya, John Rooney melakar sejarah bersama Macclesfield yang menyingkirkan juara bertahan, Crystal Palace dalam kejutan paling besar Piala FA Inggeris, malam tadi.

Macclesfield muncul pasukan divisyen keenam pertama menewaskan kelab Liga Perdana Inggeris (EPL) selepas menang 2-1 di Stadium Moss Rose.

Jurang 117 anak tangga yang memisahkan kedua-dua kelab dalam piramid bola sepak England itu juga menjadi jurang terbesar pernah diatasi pasukan bukan pilihan dalam sejarah Piala FA.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

PRK Kinabatangan & Lamag: Wanita UMNO Sabah Tekad Bantu Pastikan Kemenangan BN

“Saya benar-benar penuh emosi,” kata bekas kapten England, Wayne Rooney yang bertugas sebagai pengulas BBC.

“Melihat adik saya yang masih baharu sebagai pengurus menewaskan pasukan Liga Perdana… saya amat berbangga.

“Ia satu pencapaian luar biasa. Apa yang beliau lakukan hari ini memang hebat.”

Kejayaan besar itu lebih menyentuh perasaan buat skuad digelar The Silkmen selepas penyerang mereka, Ethan McLeod meninggal dunia kurang sebulan lalu.

McLeod, 21, meninggal dunia dalam kemalangan ketika memandu pulang dari perlawanan kelab itu di Bedford pada 16 Disember lalu.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Pemuda UMNO: Antara Perjuangan Dan Pemain Selamat Dalam Barisannya.


“Saya menerima mesej yang amat menyentuh hati daripada bapanya malam tadi dan pada awalnya bercadang untuk menyampaikannya kepada pemain sebelum perlawanan, tetapi saya tidak mahu menambah tekanan emosi kepada mereka selepas apa yang kami lalui,” kata John Rooney.

“Jadi saya memilih untuk menangguhkannya sehingga selepas perlawanan. Kami juga perlu menziarahi ibu bapanya. Ini satu tempoh yang amat sukar.

“Kami semua kekal bersatu. Ia tidak akan menjadi lebih mudah. Gambar-gambarnya masih tergantung di bilik persalinan dan tidak pernah diturunkan”.

Rooney bangga kejayaan Macclesfield kejutkan Crystal Palace


DISYORKAN UNTUK ANDA :

PAU 2025 Himpun 6,412 Perwakilan, 662 Usul Diterima – SUA


 

 

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker