Arsenal yakin mampu akhiri kemarau trofi – Arteta

Arsenal yakin mampu akhiri kemarau trofi – Arteta

Arsenal yakin mampu akhiri kemarau trofi - Arteta
MIKEL Arteta yakin kemampuan barisan pemainnya mengharungi musim baharu. FOTO AFP

London: Pengurus Arsenal, Mikel Arteta berkata, pasukannya yakin musim ini akan menyaksikan perubahan ketika mereka sedang berusaha mengatasi siri kegagalan dalam memburu kejuaraan.

Arteta belum memenangi sebarang trofi sejak menjulang Piala FA pada musim pertamanya sebagai pengurus pada 2019/2020.

Namun begitu, beliau telah berjaya mengubah Arsenal menjadi pencabar utama dalam perebutan trofi utama.

Pasukannya menamatkan saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) di tangga kedua selama tiga musim berturut-turut dan mara ke separuh akhir Liga Juara-Juara buat kali pertama sejak 2009 pada musim lalu.

Kini tekanan berada di atas bahu jurulatih dari Sepanyol itu untuk membuktikan sesuatu selepas sekali lagi mendapat pelaburan besar dalam jendela perpindahan.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Perlukah UMNO Terima Hishamuddin Hussien?


Hampir £200 juta (RM1.12 bilion) dibelanjakan bagi mendapatkan penyerang baharu iaitu Viktor Gyokeres; pemain tengah, Martin Zubimendi dan Christian Norgaard; pertahanan tengah, Cristhian Mosquera; pemain sayap, Noni Madueke serta penjaga gol, Kepa Arrizabalaga.

“Kami tahu apa sasaran kami dan apa yang ingin dicapai musim ini – keyakinan terhadap keupayaan kami amat tinggi,” kata Arteta menjelang aksi persahabatan pramusim menentang Villarreal.

“Kami sudah terlalu hampir sejak beberapa musim lalu dan seluruh pasukan akan menjadi penentu sama ada kami berjaya atau tidak.

“Tetapi pada masa sama, kami perlu pastikan bahawa kami tidak terlepas pandang terhadap apa yang perlu dilakukan setiap hari bagi mencapai tahap yang diinginkan.

“Kami perlu menetapkan sasaran yang kami mahukan dalam usaha mencapai matlamat itu, kerana itulah yang paling penting. Sasaran mesti sentiasa melebihi sebarang tekanan luaran. Itulah yang kami cuba lakukan setiap hari,” katanya lagi.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Payung Besar Mahathir Untuk Siapa Sebenarnya


Arteta turut menambah bahawa beliau mahu barisan pemainnya berasa ‘kebal’ setiap kali bermain di laman sendiri hasil sokongan luar biasa daripada barisan penyokong.

“Kami mahu penyokong segera merasai hubungan dengan pemain, mula membina momentum dan merasakan bahawa di laman sendiri, kami tidak boleh ditewaskan.

“Kami mahu bermain di sini dengan penuh semangat, tenaga dan hubungan erat dengan penyokong agar kami yakin mampu memenangi setiap perlawanan,” katanya.

Arsenal akan membuka kempen EPL dengan perlawanan tumpuan menentang Manchester United pada 17 Ogos.

Arsenal yakin mampu akhiri kemarau trofi – Arteta

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Apa Lagi Yang Tengku Maimun Cuba Buktikan

 

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker