Rumah panjang hangus, 20 keluarga tinggal sehelai sepinggang

Rumah panjang hangus, 20 keluarga tinggal sehelai sepinggang

Rumah panjang hangus, 20 keluarga tinggal sehelai sepinggang
Rumah Panjang James Talib di Sungai Semanok Jalan Pesisir Pantai, Kuala Tatau, Bintulu musnah dalam kebakaran, hari ini. – Foto JBPM

BINTULU: Kebakaran memusnahkan Rumah Panjang James Talib di Sungai Semanok, Jalan Pesisir Pantai, Kuala Tatau, di sini pagi tadi menyebabkan 20 keluarga tinggal sehelai sepinggang.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan jam 11.41 pagi.

Bomba memadam kebakaran dengan menggunakan dua aliran air yang mana sumber air diperoleh dari pam jentera dan sumber air terbuka dari parit berdekatan.

Setakat jam 2 petang, bomba sedang giat memadam kebakaran bagi memastikan api padam sepenuhnya serta tidak merebak ke bangunan lain.

“Tiada kecederaan atau kemalangan jiwa kerana semua penghuni dapat keluar menyelamatkan diri,” katanya.

Difahamkan kejadian itu turut memusnahkan beberapa kereta dan motosikal penduduk yang diletakkan berhampiran rumah panjang.

Rumah panjang hangus, 20 keluarga tinggal sehelai sepinggang
20 keluarga di Rumah Panjang James Talib di Sungai Semanok Jalan Pesisir Pantai, Kuala Tatau, Bintulu tinggal sehelai sepinggang selepas rumah mereka musnah terbakar. – Foto JBPM

Rumah panjang hangus, 20 keluarga tinggal sehelai sepinggang

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Berlaku Adil Dalam Membuat Kritikan

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker