Kadar kelahiran China jatuh ke paras terendah
Kadar kelahiran China jatuh ke paras terendah

BEIJING – Kadar kelahiran di China jatuh ke paras terendah dalam sejarah pada tahun lalu, demikian menurut data rasmi ketika populasinya merosot untuk tahun keempat berturut-turut di sebalik usaha pemerintah membendung penurunan tersebut.
Hanya 7.92 juta kelahiran direkodkan pada 2025, kata pemerintah semalam iaitu kadar 5.63 kelahiran bagi setiap seribu orang.
Angka itu menandakan kadar kelahiran terendah sejak kelahiran direkodkan oleh Biro Perangkaan Kebangsaan (NBS) bermula pada tahun 1949.
Beijing juga berusaha keras untuk meningkatkan kadar perkahwinan dan kesuburan termasuk menawarkan subsidi penjagaan kanak-kanak dan mengenakan cukai ke atas kondom. Langkah itu dilaksanakan ketika China bergelut dengan populasi yang semakin pantas menua.
Kadar kelahiran di China menurun secara konsisten sepanjang dekad lalu, walaupun selepas penamatan ‘dasar satu anak’ dan hanya mencatatkan sedikit peningkatan pada 2024 apabila 6.77 kelahiran direkodkan bagi setiap seribu penduduk.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- UMNO Johor Sambut Baik Usul Kolaborasi Parti Melayu Islam
- PAU 2025: Kegusaran Dan Persoalan Orang Melayu Terjawab – Razlan
- Penyatuan Politik Melayu-Islam Demi Masa Hadapan Negara – Tengku Adnan
Paras paling rendah sebelum ini adalah pada tahun 2023, apabila China merekodkan 9.02 juta kelahiran bersamaan kadar 6.39 bagi setiap 1,000 orang.
Kadar perkahwinan juga berada di paras terendah dalam rekod, dengan ramai pasangan muda menangguh untuk berumah tangga disebabkan kos membesarkan anak yang tinggi dan kebimbangan kerjaya.
Sementara itu, China merekodkan 11.31 juta kematian pada tahun 2025, iaitu kadar kematian 8.04 bagi setiap seribu orang. Ia membawa kepada penurunan populasi sebanyak 2.41 bagi setiap seribu penduduk, demikian menurut data NBS. – AFP
Kadar kelahiran China jatuh ke paras terendah
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Solidariti Resepi Pengukuhan Keluarga Besar UMNO, Dicemburui Pihak Lawan – Sufian
- Pas Tidak Perlu Panik Terhadap Strategi UMNO Kedah
- Wakil Melaka Seru Rumah Bangsa Dibuka Pintu Seluas-luasnya, Tetapi Mesti Bersyarat
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
You must be logged in to post a comment.