Provokasi Politik Dap Untuk Tutup Kelemahan, Kegagalan Parti Sendiri
Provokasi Politik Dap Untuk Tutup Kelemahan, Kegagalan Parti Sendiri

KUALA LUMPUR, 23 Dis – Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO, Datuk Mohd Razlan Rafii menyifatkan Dap sebagai sengaja mencetuskan provokasi politik bagi menutup kelemahan serta kegagalan parti itu sendiri.
Beliau yang juga Ketua UMNO Bahagian Seputeh berkata ia susulan prestasi mereka yang mengecewakan dalam Pilihan Raya Negeri Sabah baru-baru ini.
“Dap kali ini beria-ria meraikan satu keputusan kerana kekalahan mereka di Sabah dan untuk mengalihkan perhatian rakyat daripada kegagalan mereka sendiri.
“Mereka pernah menghasut rakyat tentang GST (cukai barangan dan perkhidmatan) dan janji-janji yang tidak ditunaikan, dan kini cuba mempergunakan isu bangsa serta agama untuk meraih sokongan,” katanya menerusi satu hantaran di Facebook.
Katanya, tindakan pemimpin Dap yang secara terbuka meraikan keputusan mahkamah Datuk Seri Najib Razak jelas menunjukkan sikap tidak sensitif serta kegagalan memahami asas sistem kenegaraan negara yang berteraskan Raja Berperlembagaan dan keluhuran Perlembagaan Persekutuan.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- BN Terus Melangkah Dengan Prinsip, Kesatuan Diperkukuh – Ahmad Zahid
- Pendidikan Asas Penting Bentuk Masa Depan Masyarakat – Suhaimi Nasir
Desa Kirana Pacu Pelancongan Desa Menjelang Tahun Melawat Malaysia 2026
Menurut Razlan lagi, tindakan itu juga secara tidak langsung memperlihatkan sikap mereka yang tidak menghormati institusi Raja-Raja Melayu.
“Lebih daripada itu, mereka juga berbangga meraikan apabila titah Raja-Raja Melayu ditolak oleh mahkamah, kerana ini seiring dengan pendirian mereka yang menolak institusi Raja dalam perlembagaan parti mereka.
“Dap adalah parti yang oportunis, sering mengalihkan isu dan tidak berprinsip, demi meraih sokongan rakyat. Rakyat tidak lupa…” tegas beliau.
Untuk rekod pertelingkahan dengan beberapa pemimpin Dap bermula dengan tindakan Ahli Parlimen Puchong, Yeo Bee Yin pada semalam yang menulis “another reason to celebrate this year end” (satu lagi sebab untuk meraikan hujung tahun ini) sambil melampirkan pautan berita dari sebuah portal yang bertajuk ‘No house arrest for Najib’.
Hantaran itu dimuat naik selepas Hakim Mahkamah Tinggi, Alice Loke Yee Ching memutuskan Titah Adendum tidak pernah dibincangkan atau diputuskan dalam Mesyuarat Lembaga Pengampunan ke-61 yang bersidang pada 29 Januari tahun lalu.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Rombakan Kabinet… Veteran UMNO Tegaskan Keutamaan Jaga Rakyat
- Mohd Naim Dipilih Wakili BN PRK Parlimen Kinabatangan
- ‘Tiada Toleransi Terhadap Penderaan Pelajar, Cegah Sebelum Berulang’ – Ahmad Zahid
Jeffery Nor Mohamed Teruskan Ziarah Prihatin, Santuni Ahli Uzur
Selain Bee Yin, Tony Pua juga mengeluarkan kenyataan berbaur sinis sehinggakan mencetuskan reaksi kurang senang pemimpin UMNO, yang bertindak membidas pemimpin Dap tersebut. – UMNO Online
Provokasi Politik Dap Untuk Tutup Kelemahan, Kegagalan Parti Sendiri
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Kes Najib Razak: Sindiran Rakan Kerajaan Perpaduan Tidak Sepatutnya Berlaku
- Kes Titah Adendum: Dr Asyraf Ingatkan Yeo Bee Yin Jangan Kurang Ajar
- Hormat Undang-undang, Bukan Sorak Keputusan Mahkamah
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Keadilan Adalah Proses Perundangan, Bukan Bahan Pesta Atau Menyindir
You must be logged in to post a comment.