Petinju dengan rekod tidak pernah tewas mati ditikam
Petinju dengan rekod tidak pernah tewas mati ditikam

Berlin: Dunia tinju sedang meratapi kehilangan tragik Abu Yusupov selepas peninju dari Rusia itu dilaporkan ditikam hingga maut di Berlin, Selasa lalu selepas terbabit pertelingkahan dengan sekumpulan individu.
Menurut laporan Tagesspiegel, petinju berusia 39 tahun itu ditikam di bahagian leher dengan pisau semasa kejadian di stesen kereta api Gesundbrunnen.
Pihak polis dipercayai sudah cuba menyelamatkan nyawa Yusupov sebelum dia dikejarkan ke hospital dengan ambulans.
Namun begitu, peninju yang belum pernah tewas itu akhirnya meninggal dunia akibat kecederaan parah.
Berita mengenai pemergian Yusupov tersebar dengan pantas dan mencetuskan pelbagai ucapan penghormatan daripada peminat tinju di seluruh dunia.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Ayuh Malaysia, Kita Merajuk
- Kempen Timbalan Presiden PKR Dedahkan Wajah Sebenar Rafizi
- Rafizi Akan Ulangi Sejarah Kejatuhan Tun Ghafar Baba Dalam Pemilihan UMNO 1993
Seorang menulis: “Semoga tenang di sana, seorang pejuang sejati di dalam gelanggang dan dalam kehidupan. Kekuatan, semangat dan persahabatanmu tidak akan dilupakan.
“Kau mungkin telah pergi, tapi semangatmu akan terus bersama kami selamanya.”
Majlis Tinju Dunia (WBC) turut memberi penghormatan dengan kenyataan berikut: “WBC meratapi pemergian Abu Yusupov.
“Peninju tanpa kalah, Abu Yusupov (9-0-1), 39 tahun, ditikam hingga maut di Berlin, Jerman.
“Dalam pertarungan terakhirnya pada Januari lalu, dia menewaskan Giorgi Kandelaki menerusi keputusan juri.”
Petinju dengan rekod tidak pernah tewas mati ditikam
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Apakah Kemasukan Semula KJ Mempunyai Tambah Nilai Kepada UMMO
- Kemasukan Tengku Zafrul Ke PKR Bakal Gugat Keharmonian Kerajaan Perpaduan
- Game Over Kepada Ahmad Terrirudin
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
You must be logged in to post a comment.