2026 Bawa Harapan Baharu, Perkukuh Kesejahteraan Dan Pacu Kemajuan

2026 Bawa Harapan Baharu, Perkukuh Kesejahteraan Dan Pacu Kemajuan

2026 Bawa Harapan Baharu, Perkukuh Kesejahteraan Dan Pacu Kemajuan
2026 Bawa Harapan Baharu, Perkukuh Kesejahteraan Dan Pacu Kemajuan

KUALA LUMPUR, 1 Jan – Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata tahun 2026 membawa harapan baharu untuk memperkukuhkan kesejahteraan rakyat serta memacu kemajuan negara.

Ujar Ahmad Zahid selaku Presiden UMNO yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah, fokus Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) berpaksikan dua tanggungjawab utama.

“Pertama, tanggungjawab sosial iaitu bagi memastikan rakyat khususnya di desa atau di luar bandar benar-benar merasai kehadiran kerajaan dalam kehidupan seharian mereka.

“Kedua, tanggungjawab korporat iaitu bagi memperkasa agensi-agensi di bawah KKDW sebagai pemacu ekonomi desa, nadi penjanaan pendapatan rakyat dan tiang sokongan kemakmuran luar bandar,” katanya dalam video perutusan sempena kehadiran tahun 2026 yang disiarkan di platform media sosialnya.

Ahmad Zahid mengucapkan Selamat Tahun Baharu kepada seluruh rakyat Malaysia, sama ada yang berada di dalam negara ini ataupun berada di luar negara.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Kestabilan Politik: Hadiah Rakyat Pada PRN, Gilap Potensi Negeri Johor



Tambah Pengerusi Barisan Nasional (BN) itu lagi, kerajaan juga akan terus memperkasa Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) sebagai tenaga kerja masa depan serta mengukuhkan ekosistem halal sebagai pemacu pertumbuhan ekonomi baharu.

Selain itu ujarnya, kerajaan juga akan memastikan kesiapsiagaan bencana berada pada tahap tertinggi demi menjaga mangsa-mangsa bencana.

“Marilah kita melangkah ke tahun 2026 dengan semangat kebersamaan, budaya kerja pantas dan penyampaian yang berimpak tinggi.

“Bersama-sama kita bina Malaysia yang lebih sejahtera dan lebih berdaya saing.

“Semoga tahun 2026 membawa rahmat, keamanan dan kejayaan yang lebih gemilang untuk kita semua,” katanya. – UMNO ONLINE

2026 Bawa Harapan Baharu, Perkukuh Kesejahteraan Dan Pacu Kemajuan


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Pas, Bersatu Ditimpa Kifarah Politik Akibat Khianati UMNO

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker