Jadikan PAU 2025 Penentu Hala Tuju, Jangan Biar Parti ‘Diracik-racik’ – Mohd Razlan

Jadikan PAU 2025 Penentu Hala Tuju, Jangan Biar Parti ‘Diracik-racik’ – Mohd Razlan

Jadikan PAU 2025 Penentu Hala Tuju, Jangan Biar Parti ‘Diracik-racik’ – Mohd RazlanKUALA LUMPUR, 13 Jan – Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO, Datuk Mohd Razlan Rafii menegaskan bahawa hala tuju UMNO mesti ditentukan dengan jelas agar parti itu tidak hilang identiti dan sokongan akar umbi.

Beliau yang juga Timbalan Pengerusi Kelab UMNO Luar Negara (KULN) berkata, Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2025 amat penting kerana ia menjadi medan utama untuk menentukan ke mana arah perjuangan parti pada masa hadapan.

“Ke mana hala tuju UMNO kalau parti ini diracik-racik maka UMNO akan hilang sokongan. PAU kali ini sangat penting untuk menentukan ke mana hala tuju kita,” katanya.

Menurut beliau, UMNO merupakan sebuah parti yang bersifat sederhana dan santun dalam berhubung dengan rakan-rakan politik, namun ahli-ahli perlu memahami dinamika politik semasa dan bercakap dengan penuh tanggungjawab.

“Kita bercakap mesti ada tanggungjawab. Jangan bercakap dengan emosi sehingga kita tidak memikirkan impaknya. Semangat dan perjuangan UMNO ini hendak dibawa ke mana?” katanya lagi.

Mohd Razlan turut menegaskan bahawa perjuangan UMNO tidak boleh lari daripada teras utama parti iaitu agama Islam, bangsa Melayu dan institusi raja-raja.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

PAU: Medan Penting Tentu Masa Depan Perjuangan Parti, Hala Tuju Negara


Beliau berkata, UMNO bersama dalam Kerajaan Perpaduan, namun prinsip perjuangan berkaitan Melayu, agama dan raja-raja tidak boleh sama sekali terjejas.

Jadikan PAU 2025 Penentu Hala Tuju, Jangan Biar Parti ‘Diracik-racik’ – Mohd Razlan

“Kita ada identiti dan ideologi. Kita percaya kepada UMNO sebagai sebuah parti yang memperjuangkan agama, bangsa dan negara. Jangan biarkan UMNO diracik-racik,” tegasnya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Makan Malam bersama perwakilan KULN sempena Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2025. Majlis tersebut turut dihadiri Pengerusinya, Datuk Mohamad Alamin bersama para perwakilan yang akan turut bersidang dalam PAU 2025. – UMNO Online

Jadikan PAU 2025 Penentu Hala Tuju, Jangan Biar Parti ‘Diracik-racik’ – Mohd Razlan


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

UMNO Tidak Pernah Tolak, Eksploitasi Islam – Ahmad Zahid

 

 

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker