Dua pemancing hilang ditemukan selamat di Pulau Kendi

Dua pemancing hilang ditemukan selamat di Pulau Kendi

Dua pemancing hilang ditemukan selamat di Pulau Kendi
Anggota Maritim Malaysia Pulau Pinang bersama dua pemancing yang ditemukan selamat di Perairan Pulau Kendi, di sini, selepas dilaporkan hilang semasa keluar ke laut semalam. – Foto NSTP/ IHSAN MARITIM MALAYSIA

GEORGETOWN: Dua pemancing ditemukan selamat di Perairan Pulau Kendi, di sini, selepas dilapor hilang ketika keluar ke laut semalam.

Lelaki yang masing-masing berusia 34 dan 64 tahun itu didakwa keluar memancing pada jam 10 pagi semalam.

Pengarah Maritim Negeri Pulau Pinang, Kepten Maritim Muhammad Suffi Mohd Ramli berkata, berikutan mereka gagal dihubungi, keluarga pemancing berkenaan membuat laporan mengenai kehilangan mereka.

Katanya, sejurus maklumat diterima, aset penguatkuasa dikerah serta-merta pada malam kejadian bagi operasi pencarian awal di sekitar koordinat terakhir bot pemancing.

“Kedua-dua lelaki itu sepatutnya pulang ke rumah pada sebelah malam, namun apabila gagal dihubungi menimbulkan kebimbangan keluarga.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Pelantikan Semula Tengku Maimun Bukan Penyelesaian Kredibiliti Institusi Kehakiman


“Operasi pencarian yang menjangkau hampir lima jam akhirnya membuahkan hasil apabila kedua-dua pemancing ditemukan di kedudukan 15 batu nautika barat Pulau Kendi kira-kira jam 3 pagi,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.

Muhammad Suffi berkata, hasil pemeriksaan mendapati bot yang dinaiki mengalami kerosakan enjin menyebabkan kedua-dua mangsa terkandas di laut.

“Kedua-duanya ditemukan dalam keadaan sihat dan stabil manakala bot pemancing berjaya dihidupkan semula dan diiringi sehingga merapat di Jeti Limbungan Batu Maung,” katanya.

Sementara itu, Maritim Negeri Pulau Pinang turut menzahirkan penghargaan kepada orang awam atas maklumat pantas serta menggesa komuniti nelayan melengkapkan diri dengan Personal Locator Beacon (PLB) bagi memastikan keselamatan ketika berada di laut.

Dua pemancing hilang ditemukan selamat di Pulau Kendi

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Apakah Ada Sinar Untuk DS Najib Pada 13 Ogos Ini?

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker