Ronaldo merajuk enggan beraksi

Ronaldo merajuk enggan beraksi

Ronaldo merajuk enggan beraksi
CRISTIANO Ronaldo. FOTO REUTERS

Riyadh: Kekecewaan terhadap jendela perpindahan Al-Nassr yang sepi dipercayai menjadi punca Cristiano Ronaldo memilih untuk tidak beraksi dalam kemenangan 1-0 pasukannya ke atas Al-Riyadh, semalam, menurut beberapa laporan media.

Penyerang bintang Portugal itu dikatakan mengambil keputusan untuk menarik diri daripada senarai pemain kendalian ketua jurulatih, Jorge Jesus selepas Al-Nassr, yang menghuni tangga kedua Liga Pro Saudi gagal melakukan pembelian besar sebelum jendela perpindahan ditutup semalam.

Al-Nassr bagaimanapun meneruskan momentum cemerlang apabila mencatat kemenangan liga kelima berturut-turut untuk merapatkan jurang satu mata dengan seteru utama mereka, Al-Hilal yang masih belum tewas musim ini.

Ronaldo tidak mengalami kecederaan, sakit atau disisihkan daripada perancangan Jorge Jesus, lapor ESPN.

Malah, dia juga tidak berhasrat meninggalkan Al-Nassr selepas menandatangani lanjutan kontrak lumayan selama dua tahun pada Jun 2025.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

UMNO Perlu Keluar Dari Zon Selesa, Cipta ‘Keluarbiasaan’ – Ahmad Zahid


Menurut CBS Sports, pegawai kanan kelab memahami rasa tidak puas hati Ronaldo terhadap Dana Pelaburan Awam (PIF), dana kekayaan negara Arab Saudi yang memiliki Al-Nassr, Al-Hilal serta dua lagi kelab Liga Pro Saudi.

Ronaldo yang bakal menyambut ulang tahun ke-41 pada Khamis ini sudah menjaringkan 91 gol dalam 95 perlawanan liga bersama Al-Nassr sejak menyertai kelab itu pada 2023.

Dia kini muncul penjaring terbanyak sepanjang zaman bola sepak dunia dengan 961 gol bersama kelab dan negara.

Ronaldo merajuk enggan beraksi

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Jangan Jadi Penghasut: Isu Tanah Kampung Melayu Majidee Bukan Bahan Politik Murahan

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker