Mayat remaja ditemui terapung dalam Tasik Putrajaya
Mayat remaja ditemui terapung dalam Tasik Putrajaya
PUTRAJAYA: Mayat seorang remaja lelaki ditemui terapung dalam Tasik Putrajaya di sini, pagi tadi.
Ketua Polis Daerah Putrajaya, Asisten Komisioner Aidi Sham Mohamed, berkata mayat remaja berusia 17 tahun itu disedari orang awam berdekatan sebuah restoran makanan segera di Presint 2 kira-kira jam 7.50 pagi.
“Saksi yang sedang melalui kawasan itu kemudian berenang dan menarik mayat berkenaan ke tebing,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
Beliau berkata, hasil pemeriksaan awal mendapati tiada unsur jenayah dan kes diklasifikasikan sebagai kematian mengejut (SDR), setakat ini.
“Mayat remaja itu dibawa ke Bahagian Patologi, Hospital Putrajaya, untuk bedah siasat,” katanya.
Mayat remaja ditemui terapung dalam Tasik Putrajaya
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Apa Lagi Yang Tengku Maimun Cuba Buktikan
- Selepas Himpunan Turun Anwar, Apakah Ada Langkah Seterusnya?
- Menuduh 160 Ketua UMNO Bahagian Biadab Adalah Sangat Tidak Beretika
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Apakah Ada Sinar Untuk DS Najib Pada 13 Ogos Ini?
You must be logged in to post a comment.