Ops Luxury: Selebriti, pempengaruh akhirnya perbaharui cukai jalan kenderaan mewah

Ops Luxury: Selebriti, pempengaruh akhirnya perbaharui cukai jalan kenderaan mewah

Ops Luxury: Selebriti, pempengaruh akhirnya perbaharui cukai jalan kenderaan mewah
Antara 104 kereta mewah yang disita dalam Ops Khas Kenderaan Luxury 3.0 di Depoh Sita JPJ WPKL, baru-baru ini. – Foto NSTP/NABILA ADLINA AZAHARI

KUALA LUMPUR: Seorang selebriti dan pempengaruh media sosial yang sebelum ini dalam radar Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) kerana gagal memperbaharui cukai jalan kenderaan mewah masing-masing akhirnya tampil membuat bayaran, hari ini.

Pengarah Kanan Penguatkuasaan Undang-Undang JPJ, Muhammad Kifli Ma Hassan, berkata kedua-duanya hadir untuk menyelesaikan urusan pembaharuan cukai jalan serta perlindungan insurans.

“Berdasarkan semakan, kedua-dua individu ini tidak memperbaharui cukai jalan masing-masing selama setahun dan dua tahun.

Ops Luxury: Selebriti, pempengaruh akhirnya perbaharui cukai jalan kenderaan mewah
Pengarah Kanan Penguatkuasaan Undang-Undang JPJ, Muhammad Kifli Ma Hassan. — Foto NSTP/NABILA ADLINA AZAHARI

“Susulan operasi yang dijalankan baru-baru ini serta laporan media, ramai individu tampil untuk menyelesaikan pembayaran cukai jalan dan insurans,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Beliau memaklumkan, antara yang hadir termasuk tokoh korporat dan usahawan.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Pelantikan Semula Tengku Maimun Bukan Penyelesaian Kredibiliti Institusi Kehakiman


“Setakat ini, maklum balas memberangsangkan. Kami berharap mereka yang masih belum memperbaharui cukai jalan dan insurans dapat berbuat demikian dengan segera.

“Ops Luxury akan dilaksanakan secara berkala bagi memastikan semua pengguna jalan raya mematuhi peraturan,” katanya.

Muhammad Kifli turut memberi amaran operasi turut membabitkan pemantauan menggunakan anggota penyamaran bagi mengesan pihak yang enggan mematuhi undang-undang.

Media sebelum ini melaporkan beberapa selebriti termasuk pempengaruh serta segelintir pemilik kenderaan mewah seperti Ferrari, Lamborghini dan Porsche dikesan ‘liat’ membayar cukai jalan dan insurans, dengan alasan kenderaan jarang digunakan atau hanya sebagai ‘weekend car’.

Ops Luxury: Selebriti, pempengaruh akhirnya perbaharui cukai jalan kenderaan mewah

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Apakah Ada Sinar Untuk DS Najib Pada 13 Ogos Ini?

 

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker