Venus tersingkir selepas cipta sejarah di Terbuka Australia

Venus tersingkir selepas cipta sejarah di Terbuka Australia

Venus tersingkir selepas cipta sejarah di Terbuka Australia
VENUS bersalaman dengan Olga selepas tamat perlawanan. FOTO AFP

Melbourne: Venus Williams tersingkir awal tetapi berbangga dengan dirinya selepas mencipta sejarah sebagai pemain wanita paling tua pernah beraksi di Terbuka Australia, hari ini.

Juara Grand Slam tujuh kali dari Amerika Syarikat itu (AS) berusia 45 tahun itu, menerima tiket wildcard ke Melbourne, lima tahun selepas penampilan terakhirnya di kejohanan utama tersebut.

Keputusan itu mengundang kritikan, dengan kebimbangan ia menafikan peluang pemain lebih muda, ditambah pula dengan kekalahan Venus pada perlawanan pusingan pertama di kedua-dua kejohanan pemanas badannya.

Namun, pemain veteran yang tidak dimamah usia itu membuktikan dia masih mampu bersaing pada ketika tertentu, memberi tentangan sengit kepada pemain Serbia berusia 24 tahun, Olga Danilovic, sebelum tewas enam game terakhir untuk tersingkir 6-7 (5/7), 6-3, 6-4 dalam perlawanan maraton selama 2 jam 17 minit.

“Ia perlawanan yang hebat, detik sangat istimewa. Tenaga daripada penonton memang luar biasa. Ia benar-benar menaikkan semangat saya,” kata Williams.

“Dia bermain dengan sangat baik. Ada juga unsur nasib di situ. Itulah sukan. Kadang-kadang begitulah keadaannya.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

 

PAU 2025: Menyatu Tekad, Menyala Harapan


“Saya benar-benar bangga dengan usaha saya hari ini kerana permainan saya semakin baik setiap perlawanan, menghampiri tahap saya sasarkan,” tambahnya.

“Sekarang saya perlu terus melangkah ke depan, bekerja memperbaiki diri dan mengawal kesilapan.”

Selepas menerima tepukan gemuruh, bekas pemain nombor satu dunia yang kini berada di ranking 578 itu memulakan perlawanan dengan meyakinkan, mematahkan servis pertama Danilovic yang berada di ranking ke-69.

Namun, pemain Serbia itu segera bangkit, dengan bantuan sentuhan jaring bertuah untuk menyamakan kedudukan set.

Venus melepaskan servis-servis kencang dan bergerak cergas di gelanggang ketika set dibawa ke tie-break. Walaupun ketinggalan 0-2, beliau bangkit untuk memenangi set tersebut dengan pukulan forehand penamat yang kemas.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

PAU 2025: Jelaskan Amanah Rakyat Secara Telus, Usah Berdiam Diri Berdepan Fitnah


Olga meraih break awal pada set kedua dan Venus gagal mencari jawapan, memaksa perlawanan ke set penentuan, di mana pemain AS itu mendahului 4-0.

Namun, beliau hilang fokus, membenarkan Olga bangkit menyamakan kedudukan 4-4 sebelum game kesembilan yang panjang selama 14 setengah minit menjadi penentu.

Venus mempunyai enam mata game tetapi gagal memanfaatkannya, dan pemain Serbia itu memenangi game tersebut pada mata break kedua sebelum menutup perlawanan dengan servis untuk kemenangan.

“Tidak mudah,” kata Danilovic. “Banyak tekanan. Saya hanya beritahu diri sendiri, ‘okey, main saja, lepaskan semuanya dan main mata demi mata’. Saya sangat gembira dapat menang, tetapi ia satu penghormatan besar bermain menentang legenda seperti ini.”

Venus yang pertama kali beraksi di Melbourne Park pada 1998, hanya beraksi secara terhad dalam beberapa tahun kebelakangan ini. Juara Wimbledon lima kali itu pernah mara ke final perseorangan Terbuka Australia pada 2003 dan 2017, serta memenangi gelaran beregu sebanyak empat kali bersama adiknya, Serena.

Pemain Jepun Kimiko Date, yang berusia 44 tahun ketika tewas pada pusingan pertama edisi 2015, sebelum ini memegang rekod sebagai wanita paling berusia beraksi dalam acara perseorangan di Terbuka Australia.

Venus tersingkir selepas cipta sejarah di Terbuka Australia

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Mahasiswa Perlu Jadi Suara Anak Muda Kepada UMNO

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker