Baru sejam pulang ke rumah sebelum dikejutkan gudang terbakar – Pengurus gudang

Baru sejam pulang ke rumah sebelum dikejutkan gudang terbakar – Pengurus gudang

Baru sejam pulang ke rumah sebelum dikejutkan gudang terbakar - Pengurus gudang
Kebakaran membabitkan sebuah kilang di Jalan Kebun Sultan, Kota Bharu malam tadi. – Foto ihsan Bomba

KOTA BHARU: “Baru sejam saya sampai di rumah sebelum dikejutkan dengan panggilan telefon memaklumkan terdapat kebakaran di sebelah gudang kami.”

Demikian luahan Hong Lee Feng iaitu Pengurus gudang pemborong buah-buahan dan barangan runcit yang musnah dalam kebakaran di Jalan Kebun Sultan di sini, jam 9 malam tadi.

Lee Feng berkata, dia yang dimaklumkan perkara itu terus bergegas ke lokasi kejadian sebelum melihat api sedang marak.

“Melihat keadaan api yang membakar kilang, saya tidak mampu berfikir apa-apa kerana penuh buah-buahan di dalam gudang selain barangan runcit.

“Barangan runcit serta pelbagai buah-buahan mula disimpan sejak Disember tahun lalu dan boleh dikatakan memang banyak dalam kilang itu termasuk enam buah lori dan dua buah motosikal.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Perpaduan Adalah Kekuatan, Bukan Perpecahan


“Malah, bekalan limau mandarin untuk Tahun Baru Cina sebanyak 76.8 tan juga sudah disimpan sejak Disember semuanya musnah. Selain limau mandarin, pelbagai jenis buah-buahan lain turut berada dalam gudang.

“Saya tidak tahu berapa nilai kerugian kerana tidak tahu apa yang selamat. Ketika kejadian gudang sudah kosong dan lebih 20 pekerja sudah pulang sejak jam 8 malam,” katanya ketika ditemui di lokasi kejadian.

“Barangan di gudang ini kita hantar ke lebih 30 pasaraya di Kelantan,” katanya yang memaklumkan gudang berkenaan beroperasi sejak lebih 40 tahun lalu.

Sementara itu, Penolong Pengarah Operasi JBPM Kelantan, Mohd Fadhlizil Ikram Ahmad Pauzi, berkata pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian jam 9.09 malam.

“Jentera membabitkan empat balai dikejarkan ke lokasi kejadian iaitu Kota Darulnaim, Tunjung, Pengkalan Chepa dan Kota Bharu.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Biarlah Kerajaan Negeri Ditadbir Pemimpin Terbukti Berfungsi – Pemuda UMNO Sri Gading


“Operasi sedikit sukar kerana kita susah untuk masuk ke dalam bagi pemadaman di kawasan belakang gudang.

“Barangan dalam gudang berkenaan boleh dikatakan musnah seratus peratus,” katanya.

Baru sejam pulang ke rumah sebelum dikejutkan gudang terbakar – Pengurus gudang


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

UMNO Perlu Keluar Dari Zon Selesa, Cipta ‘Keluarbiasaan’ – Ahmad Zahid

 

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker