Syasya Rizal Perjelas Tuduhan Goncang Anak Ketika Buat Trend TikTok [VIDEO]

Syasya Rizal Perjelas Tuduhan Goncang Anak Ketika Buat Trend TikTok [VIDEO]

Syasya Rizal Perjelas Tuduhan Goncang Anak Ketika Buat Trend TikTok [VIDEO]

Syasya atau nama sebenarnya Norsyasya Afiqah binti Shahrizal menerusi video yang dimuatnaik di TikTok, turut memaparkan reaksi anaknya, Muhammad Yassir Hayyan yang dikatakan bersikap ‘nonchalant’ seperti bapanya, Nasrullah Mohd Sapie.

“Bila anaknya nonchalant macam bapanya 🙂‍↕️.”

@syasya.rzl

bila anaknya nonchalant macam bapaknya 🙂‍↕️

♬ original sound – 🐯ဂျူနီယာလေး🐯🇲🇲🇲🇲 – 🐯ဂျူနီယာလေး🐯🇲🇲🇲🇲

 

Berani Ya Buat Macam Tu Kat Leher Dengan Kepala Anak..”

Syasya Rizal Perjelas Tuduhan Goncang Anak Ketika Buat Trend TikTok [VIDEO]

Menjengah di ruangan komen, segelintir netizen memberikan teguran dan meluahkan rasa bimbang terhadap tindakan Syasya yang disifatkan bakal memberi kecederaan dalaman kepada Yassir jika menggoncang badannya  terlalu kuat.

“Hi Sya, sorry but jangan shake dia macam tu takut injured dalam lagi-lagi kepala.”

“Yang penting tak macam parent lain tolak kepala anak haish.”

“Kesian anak tu mummy. Kenapa ditolak begitu 😅.”

“Berani ye buat macam tu kat leher dengan kepala anak. Jangan buat lagi bahaya 😭.”

“Trend apo pulak tunjal-tunjal anak ni huhu.”

Syasya Beri Penjelasan!

Tidak berdiam diri, Syasya menjelaskan bahawa video yang dirakam itu telah ditambah kelajuan (speed), selain menegaskan bahawa tidak mungkin baginya mahu menggoncang tubuh badan Yassir dengan kuat.

“Ini 2x speed, takkan saya nak gegar Bobot (Yassir Hayyan) kuat macam tu. Chill semua 😊.”-jelas Syasya

Syasya Rizal Perjelas Tuduhan Goncang Anak Ketika Buat Trend TikTok [VIDEO]

Sekadar info, Syasya Rizal mendirikan rumah tangga bersama jejaka pilihan hatinya, Nasrullah Mohd Sapie pada 21 April 2024. Hasil perkahwinan, pasangan ini dikurniakan seorang cahaya mata lelaki, Muhammad Yassir Hayyan pada 23 Disember 2024.

Syasya Rizal Perjelas Tuduhan Goncang Anak Ketika Buat Trend TikTok [VIDEO]

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Apa Lagi Yang Tengku Maimun Cuba Buktikan

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker