Warga emas sakit diangkut guna jengkaut ke klinik
Warga emas sakit diangkut guna jengkaut ke klinik

JAKARTA – Satu klip video tular di Bandung Barat, wilayah Jawa Barat memaparkan detik menyayat hati seorang warga emas yang terpaksa diangkut menggunakan jengkaut untuk pergi ke klinik kesihatan kerana sakit, lapor laman berita Kompas.
Kejadian berlaku di Desa Jati, daerah Saguling dalam wilayah Jawa Barat, baru-baru ini.
Rakaman video kejadian dimuat naik di media sosial menunjukkan warga emas bernama Anung Asmarajijaya, 80, dipeluk anak perempuannya di dalam ‘baldi’ jengkaut sambil menahan sakit ketika melalui laluan berbatu.
Ketua Seksyen Kerajaan Desa Jati, Iyep Saripudin berkata, Anung terpaksa diangkut kerana keadaan jalan yang tidak boleh dilalui kenderaan ringan.
“Jalan itu tidak rosak tetapi sedang diperbaharui, manakala jambatan sedang dibina untuk menghubungkan Desa Jati ke Girimukti. Demi bantuan yang cepat, penduduk nekad menggunakan jengkaut,” kata Iyep. – AGENSI
Warga emas sakit diangkut guna jengkaut ke klinik
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Tuduhan ‘Mabuk Kuasa’ Tunjuk Kekecewaan Sendiri – Sollehin
- Zahari Santuni Warga Felda dan Komuniti OKU, Sampaikan Bantuan Kasih Johor
- Wanita UMNO Pasir Salak Terus Komited Turun Padang Santuni Rakyat
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Bersama BN Jaga Disiplin, Mahu Keluar Jangan Berselindung… – Manndzri
You must be logged in to post a comment.