Banduan seludup dadah ke Penjara Marang, peguam ditahan bantu siasatan
Banduan seludup dadah ke Penjara Marang, peguam ditahan bantu siasatan

KUALA TERENGGANU: Seorang peguam ditahan selepas disyaki bersubahat dengan banduan untuk menyeludup masuk dadah ke Penjara Marang, dekat sini.
Ketua Polis Terengganu, Datuk Mohd Khairi Khairudin, berkata peguam berkenaan, 32, ditahan susulan penemuan dadah dalam simpanan banduan lelaki berusia 25 tahun itu di penjara terbabit ketika pemeriksaan dilakukan kira-kira jam 5 petang 23 Disember lalu.
Beliau berkata pemeriksaan awal menggunakan mesin pengimbas menemukan objek asing dalam badan banduan itu yang baharu selesai menjalani perbicaraan di Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu.
“Banduan itu kemudian diasingkan dan diletakkan di bawah pemantauan rapi klinik penjara, sebelum dibawa ke Klinik Kesihatan Merchang keesokannya untuk pemeriksaan lanjut dan disahkan beberapa objek asing mencurigakan berada dalam badannya.
“”Banduan sama kemudian dibawa semula ke penjara dan diasingkan… pada hari sama banduan itu membuang air besar dan mengeluarkan 12 ketulan disyaki mengandungi dadah jenis pil kuda dan ganja.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Fadzli Berharap Majlis Daerah Raub Terus Komited Bersama Tingkat Hasil Pendapatan Negeri
- Exco Pemuda UMNO, Md Jamil Fauzi berpandangan cadangan Pemuda
- Onn Hafiz Imbas Perjalanan 2025, Tekad Terus Berkhidmat Demi Rakyat Machap
“Pada 25 Disember lalu di lokasi sama, banduan terbabit sekali lagi membuang air besar dan mengeluarkan 14 ketulan sebelum pemeriksaan disyaki mengandungi dadah jenis pil kuda dan Erimin 5,” katanya ketika sdiang media hari ini.
Susulan kejadian itu, katanya pihak penjara membuat satu laporan polis di Balai Polis Marang dan kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952.
Dadah dirampas iaitu pil yaba 123 gram (g), ganja (21 g), erimin 5 (13 g) dianggarkan boleh digunakan kira-kira 800 penagih dengan nilai rampasan berjumlah RM16,000.
Berikutan rampasan itu, Mohd Khairi berkata, Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Terengganu menjalankan siasatan lanjut dan menahan peguam berkenaan untuk membantu siasatan.
“Suspek direman enam hari bermula 30 Disember lalu hingga 4 Januari depan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 107(C) Kanun Keseksaan,” katanya.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Fadzli Berharap Majlis Daerah Raub Terus Komited Bersama Tingkat Hasil Pendapatan Negeri
- Exco Pemuda UMNO, Md Jamil Fauzi berpandangan cadangan Pemuda
- Onn Hafiz Imbas Perjalanan 2025, Tekad Terus Berkhidmat Demi Rakyat Machap
Dalam pada itu, beliau berkata JSJN meminta kerjasama orang ramai khususnya penama Nurul Norasikin Aladin, 30, yang beralamat di Kampung Batin, Seberang Takir, di sini, tampil ke balai Polis berhampiran bagi membantu siasatan.
Banduan seludup dadah ke Penjara Marang, peguam ditahan bantu siasatan
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Menuju 2026: Gagasan Aspirasi Pahang 1st Diperkukuh, Kestabilan Politik Dipertahan
- ‘BTS’ Antara Program Bantuan Kasih Johor Di Parit Yaani – Najib
- PAS yet to decide on candidate for PN chairman
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
2026 Bawa Harapan Baharu, Perkukuh Kesejahteraan Dan Pacu Kemajuan
You must be logged in to post a comment.