Jalil yakin Kuching City masih berpeluang ke final Piala FA
Jalil yakin Kuching City masih berpeluang ke final Piala FA

Kuala Lumpur: Legenda bola sepak Sarawak, Abdul Jalil Ramli menegaskan Kuching City FC masih berpeluang mara ke final Piala FA 2025-2026 meskipun berdepan cabaran sukar menentang juara bertahan, Johor Darul Ta’zim (JDT) dalam aksi separuh akhir kedua di Stadium Sultan Ibrahim (SSI), 30 November ini.
Kapten Sarawak yang menjulang trofi Piala FA pada 1992 itu mengakui bangga melihat prestasi Kuching City sepanjang musim ini yang harus diberi pujian kerana mereka bukan sahaja tampil cemerlang dalam saingan Piala FA, malah berada dalam kelompok tiga teratas Liga Super.
“Saya rasa setakat ni bukan sahaja dalam Piala FA, tapi dalam liga pun Kuching City pamerkan permainan yang baik.
“Kedudukan pun baik, dalam Top 3. Ini perkembangan positif untuk bola sepak di Sarawak,” katanya.
Katanya, JDT berada di tahap berbeza berbanding pasukan lain, namun memuji cara pemain Kuching City kekal tenang dan berani bersaing walaupun menentang pasukan gergasi itu.
“Jika lihat daripada corak permainan, banyak peningkatan ditunjukkan.
“Pada perlawanan pertama, Kuching City boleh menyaingi posisi dan rentak JDT. Cuma kalau dari segi pengalaman, memang berpihak kepada JDT,” katanya.
Menjelang aksi timbal balik di SSI, beliau percaya tekanan sebenar kini terletak di bahu JDT yang perlu mempertahankan kelebihan agregat 2-1 di laman sendiri, manakala Kuching City ‘boleh’ turun tanpa tekanan.
“Walaupun ramai kata susah untuk Kuching City buat kejutan, tapi saya rasa mereka masih ada peluang.
“Kuching City tak ada apa untuk dirugikan, semua tekanan terletak pada JDT. Mereka perlu menang, sedangkan Kuching City boleh main bebas dan cuba ambil peluang,” katanya.
Jalil yakin Kuching City masih berpeluang ke final Piala FA
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Kembalikan Sepenuhnya Kuasa Mendidik Kepada Cikgu Sekolah
- Misi Global Sumud Flotilla Gagal?
- Mampukah Anwar Membawa Malaysia Keluar Dari Masalah Kemelut Fiskal
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
You must be logged in to post a comment.