Dua beradik lemas ketika berkelah di Pulau Mentigi, Mersing

Dua beradik lemas ketika berkelah di Pulau Mentigi, Mersing

Dua beradik lemas ketika berkelah di Pulau Mentigi, Mersing
Anggota pasukan maritim membantu membawa jenazah dua beradik yang lemas ketika berkelah di Pulau Mentigi, Mersing petang tadi. – Foto ihsan Maritim Malaysia

MERSING: Niat dua beradik untuk berkelah di pantai Pulau Mentigi, dekat sini, petang tadi bertukar tragedi apabila kedua-duanya ditemui lemas.

Kejadian kira-kira jam 4.25 petang, ketika Nur Awatif Udaima Mohd Hisam, 15, dan adiknya Ahmad Uwais Al Qarni, 13, sedang mandi-manda bersama keluarga.

Pengarah Zon Maritim Mersing, Komander Maritim Suh berkelah di Pulau Mentigi, Mersingaizan Saadin berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan 999 melalui Malaysia Rescue Sub Centre (MRSC) Johor sebelum mengaktifkan operasi mencari dan menyelamat (CARILAMAT).

“Bot PERKASA 44 digerakkan segera ke lokasi dan mangsa pertama, Nur Awatif, berjaya ditemui komuniti setempat kira-kira jam 4.30 petang manakala Ahmad Uwais ditemui kira-kira jam 6.30 petang oleh pasukan penyelam komuniti.

“Kedua-dua mangsa kemudiannya dibawa ke Jeti Pulau Tinggi sebelum diserahkan kepada Pasukan Polis Marin untuk tindakan lanjut,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Rafizi Akan Ulangi Sejarah Kejatuhan Tun Ghafar Baba Dalam Pemilihan UMNO 1993


Suhaizan merakamkan penghargaan kepada semua jabatan, agensi serta komuniti setempat yang berganding bahu menjayakan operasi menyelamat itu.

Dua beradik lemas ketika berkelah di Pulau Mentigi, Mersing

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Kemasukan Tengku Zafrul Ke PKR Bakal Gugat Keharmonian Kerajaan Perpaduan

 

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker