Menuju 2026: Gagasan Aspirasi Pahang 1st Diperkukuh, Kestabilan Politik Dipertahan

Menuju 2026: Gagasan Aspirasi Pahang 1st Diperkukuh, Kestabilan Politik Dipertahan

Menuju 2026: Gagasan Aspirasi Pahang 1st Diperkukuh, Kestabilan Politik Dipertahan
Menuju 2026: Gagasan Aspirasi Pahang 1st Diperkukuh, Kestabilan Politik Dipertahan

KUALA LUMPUR, 31 Dis – Memasuki 2026, Kerajaan Negeri Pahang beriltizam untuk terus mempertahankan kestabilan politik di samping memperkukuhkan gagasan Aspirasi Pahang 1st.

Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, tahun 2025 telah menyaksikan pelbagai kejayaan yang dipacu oleh kestabilan politik dan perpaduan rakyat.

“Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah SWT kerana rahmat-Nya, kita melabuhkan tirai tahun 2025 dengan penuh warna-warni dan melangkah ke tahun 2026 dengan penuh keinsafan, harapan serta tekad yang teguh.

“Tahun 2025 menyaksikan pelbagai kejayaan, cabaran dan ujian berjaya diharungi hasil daripada kestabilan politik serta perpaduan rakyat.

“Kestabilan ini membolehkan Kerajaan Negeri Pahang mentadbir secara konsisten, melonjak ekonomi negeri dan melaksanakan dasar dengan berkesan serta memastikan kebajikan rakyat terus menjadi keutamaan,” katanya menerusi sebuah perutusan pada Rabu.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Kestabilan Politik: Hadiah Rakyat Pada PRN, Gilap Potensi Negeri Johor



Wan Rosdy yang juga Naib Presiden UMNO berkata, tahun 2026 akan menyaksikan usaha berterusan Kerajaan Negeri Pahang untuk memperkasa ekonomi rakyat dan meningkatkan kecekapan tadbir urus.

Menuju 2026: Gagasan Aspirasi Pahang 1st Diperkukuh, Kestabilan Politik Dipertahan

“Memasuki tahun 2026, kerajaan negeri beriltizam untuk terus mempertahankan kestabilan politik sedia ada dan menolak sebarang bentuk perpecahan yang boleh menggugat kemakmuran negeri.

“Gagasan Aspirasi Pahang 1st akan terus diperkukuh sebagai teras utama pentadbiran dan pembangunan negeri. Prinsip ‘Rakyat Didahulukan, Kemakmuran Dipertahankan’ akan diterjemahkan melalui dasar, program dan tindakan yang nyata.

“Tahun 2026 juga akan menyaksikan usaha berterusan kerajaan negeri untuk memperkasa ekonomi rakyat, mencipta peluang pekerjaan, memperkukuh syiar Islam, memelihara alam sekitar dan meningkatkan kecekapan tadbir urus.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Tony Pua… Kepintaran Atau Keangkuhan Politik?


“Marilah kita melangkah ke tahun 2026 dengan azam yang kukuh demi masa depan Negeri Pahang yang aman, makmur dan sejahtera serta dirahmati Allah SWT.

Selamat Menyambut Tahun Baharu 2026,” katanya lagi. – UMNO Online

Menuju 2026: Gagasan Aspirasi Pahang 1st Diperkukuh, Kestabilan Politik Dipertahan


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Pas, Bersatu Ditimpa Kifarah Politik Akibat Khianati UMNO

 

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker