Noor Nabila – AA Pandai Memasak, Hormat Saya
Sedang Rancang Perniagaan Makanan Jepun Bersama
Noor Nabila – AA Pandai Memasak, Hormat Saya

Usahawan Noor Nabila mengakui dalam fasa mengenali hati budi seorang jejaka yang dikenali sebagai Mr AA.
Ciri-ciri Mr AA

Memetik sumber Mstar, Nabila mengakui hatinya terpaut pada Mr AA bukan sahaja kerana kepandaiannya memasak, malah beberapa ciri lain yang membuatkan jejaka itu istimewa di matanya.
Apa yang membuatkan saya selesa adalah sifatnya yang ceria, tenang, penyayang dan sangat menghormati saya serta keluarga terutama anak saya.
Malah dia juga memiliki naluri kebapaan yang semula jadi.
Itu sesuatu yang sangat saya hargai sebagai seorang ibu.
Apa yang membuatkan saya lebih tertarik adalah dia pandai memasak. Kami juga dalam persiapan untuk mengusahakan perniagaan makanan Jepun bersama.
Mengulas tentang hubungan istimewa, Nabila akui lebih berhati-hati dalam memilih pasangan selepas beberapa kali gagal dalam perkahwinan.
Saya melihat hubungan ini bukan daripada sudut material atau luaran, tetapi lebih kepada kualiti dalam seseorang itu dan objektif untuk bina kehidupan yang tenang dan bahagia bersama.
Selepas melalui beberapa pengalaman perkahwinan sebelum ini, saya lebih berhati-hati untuk memilih dan mengenali seseorang.
Bagi saya, hubungan yang sihat itu penting dan perlu saling menyokong antara satu sama lain.
Kekasih baru

Berkongsi lebih lanjut, kakak kepada usahawan selebriti, Neelofa itu akui terbuka untuk melanjutkan hubungan bersama Mr AA ke arah perkahwinan.
Meskipun memiliki jarak usia 10 tahun, Nabila tidak menjadikannya sebagai halangan sebaliknya menekankan nilai ketenangan dalam sesebuah hubungan.
Dia adalah lelaki yang sedang saya kenali rapat sekarang. Dia merupakan seorang jurulatih peribadi dan sekarang rakan kongsi untuk perniagaan yang saya usahakan.
Pada tahap usia dan pengalaman hidup saya sekarang, saya lebih menghargai ketenangan, nak rasa selamat daripada segi emosi serta cara berfikir berbanding perkara lain.
Selain itu, Nabila turut memaklumkan hubungan yang terjalin sudah mendapat restu kedua belah pihak keluarga.
Kami sudah berkawan sejak April tahun lalu dan terbuka ke arah perkahwinan.
Keluarga kedua-dua belah pihak pun dah restu hubungan ini, Alhamdulillah.
Sebelum ini, Nabila mengejutkan rata-rata warganet dengan hantarannya bersama seorang jejaka tinggi lampai di Instagram Story.
Terdahulu, Nabila pernah mendirikan rumah tangga dengan aktor, Sharnaaz Ahmad pada 31 Mac 2017 dan bercerai secara hakam pada 9 Julai 2020.
Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan seorang anak lelaki, Jebat Jayden yang kini berusia 8 tahun.
Kemudian, pernah berkahwin dengan Engku Emran pada 26 September 2023 namun mereka tidak dikurniakan cahaya mata.
Sumber: Mstar
Noor Nabila – AA Pandai Memasak, Hormat Saya
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- KUSKOP Perkukuh Penyelarasan Program Keusahawanan Elak Pertindihan – Mohamad Alamin
- Syed Hussien Turun Padang Bersama Komuniti
- Kerajaan Guna Pendekatan Pelbagai Indikator Nilai Ketidaksamarataan Pendapatan – Mohd Shahar
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Malaysia–China Cadang Penubuhan Malaysia-China Institute, Fokus TVET Berimpak Tinggi
You must be logged in to post a comment.