Mahkamah Persekutuan benarkan 2 tahanan SOSMA diikat jamin

Mahkamah Persekutuan benarkan 2 tahanan SOSMA diikat jamin

Mahkamah Persekutuan benarkan 2 tahanan SOSMA diikat jamin
(Gambar fail) Foto NSTP/MOHD FADLI HAMZAH

PUTRAJAYA: Mahkamah Persekutuan hari ini membenarkan ikat jamin RM50,000 seorang ke atas dua ahli perniagaan yang didakwa menganggotai kumpulan jenayah terancang, sementara menunggu keputusan perbicaraan mereka.

Mahkamah turut mengenakan syarat untuk kedua-dua lelaki itu memakai alat pemantauan elektronik dan berada dalam pekarangan rumah masing-masing.

Keputusan dengan majoriti 2-1 itu dibuat oleh panel tiga hakim diketuai Hakim Mahkamah Persekutuan, Tan Sri Nallini Pathmanathan.

Beliau berkata, majoriti berpendapat S Hemanathan, 31, dan N Nithiyan, 39, telah meyakinkan mahkamah (untuk membenarkan ikat jamin) terutama susulan keadaan kesihatan mereka serta ketidakupayaan sistem penjara untuk menjaga banduan yang memerlukan rawatan perubatan khas.

“Mereka dilarang keluar dari kediaman mereka tanpa kebenaran sewajarnya daripada polis, dan mesti melaporkan diri kepada balai polis berhampiran setiap dua minggu sekali.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Payung Besar Mahathir Untuk Siapa Sebenarnya


Hakim Datuk Hanipah Farikullah menyokong keputusan majoriti itu, manakala Hakim Abu Bakar Jais tidak bersetuju.

Terdahulu peguam bela, Datuk Rajpal Singh, menggesa mahkamah membenarkan ikat jamin atas alasan perubatan.

Beliau berkata, Nithiyan menghidap penyakit jantung iskemik, hipertensi dan dislipidemia yang boleh membawa kepada kegagalan kardiovaskular yang mengancam nyawa jika tanpa rawatan konsisten.

Katanya, Hemanathan yang menggunakan kerusi roda pula menghidap diabetes, darah tinggi, dislipidemia dan kolesterol tinggi, serta tidak menerima rawatan konsisten di penjara.

Timbalan Pendakwa Raya, Ng Siew Wee, berhujah kedua-dua lelaki itu telah menerima rawatan yang diperlukan dan keadaan kesihatan mereka adalah terkawal.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Menangkis Peluru Neopotisme Menjadi Cabaran Terbesar PKR


Hemanathan dan Nithiyan didakwa di Mahkamah Sesyen pada Mei tahun lalu atas pertuduhan menganggotai kumpulan jenayah terancang ‘Geng TR’ di Restoran Makanan Laut Sungai Janggut di Jalan Bagan Sungai Janggut, Jeram, Selangor, antara November 2019 hingga Mei 2024.

Mereka didakwa mengikut Seksyen 130V Kanun Keseksaan dibaca bersama Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) (SOSMA).

Kes mereka dipindahkan ke Mahkamah Tinggi pada Ogos tahun lalu, dan perbicaraan dijadualkan berlangsung pada Oktober tahun depan.

Mahkamah Persekutuan benarkan 2 tahanan SOSMA diikat jamin


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Perlukah UMNO Terima Hishamuddin Hussien?

 

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker