Op Vulture: 5 lelaki ditahan kes khianat berkait pinjaman wang tanpa lesen

Op Vulture: 5 lelaki ditahan kes khianat berkait pinjaman wang tanpa lesen

Op Vulture: 5 lelaki ditahan kes khianat berkait pinjaman wang tanpa lesen
Antara barang dirampas polis susulan penahanan lima lelaki disyaki mendalangi kegiatan khianat berkait pinjaman wang tanpa lesen. – Foto ihsan polis

KOTA BHARU: Polis Kelantan memberkas lima lelaki disyaki mendalangi kegiatan khianat berkait pinjaman wang tanpa lesen, termasuk menyimbah cat pada rumah serta mengugut mangsa.

Kesemua suspek berusia 25 hingga 39 tahun itu ditahan dalam dua serbuan berasingan di daerah ini melalui Op Vulture bermula 17 Julai hingga Selasa lalu.

Operasi itu dijalankan Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK), Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kelantan, dengan kerjasama Bahagian Siasatan Jenayah Komersial, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Bharu.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Mohd Yusoff Mamat, berkata Op Vulture dilancarkan bagi membanteras kegiatan pinjaman wang tanpa lesen yang turut membabitkan elemen ugutan dan kerosakan harta benda.

“Kesemua suspek berkenaan disyaki terbabit aktiviti khianat berkaitan pinjaman wang haram.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Rupanya Gencatan Senjata Yang Di Umumkan Trumph Hanya Syok Sendiri


“Ia termasuk menyimbah cat merah pada kediaman mangsa, menampal nota ugutan, memecahkan cermin tingkap dengan batu, serta mengunci pagar rumah peminjam sebagai bentuk tekanan dan ancaman,” katanya dalam satu kenyataan.

Mohd Yusoff berkata, suspek pertama diberkas Rabu lalu dalam serbuan di Pasir Tumboh, diikuti tangkapan kedua pada Jumaat yang membawa kepada penahanan empat lagi suspek susulan kejadian simbah cat di Pasir Hor.

Beliau berkata, polis turut merampas 34 barang meliputi cat merah, pen, kertas nota ugutan, pakaian, pelitup muka, telefon bimbit dan motosikal dipercayai digunakan dalam kegiatan jenayah itu.

“Hasil siasatan awal mendapati semua suspek itu disyaki terbabit sekurang-kurang sembilan kes khianat harta benda di sekitar daerah Kota Bharu, Tumpat serta Tanah Merah,” katanya.

Mohd Yusoff berkata, kesemua suspek kini direman bagi membantu siasatan kes mengikut Seksyen 5(2) Akta Pemberi Pinjam Wang 1951 dan Seksyen 427/506 Kanun Keseksaan.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Kemasukan Tengku Zafrul Ke PKR Bakal Gugat Keharmonian Kerajaan Perpaduan


“Orang ramai dinasihatkan tidak membuat pinjaman melalui saluran tidak berdaftar, termasuk iklan pinjaman dalam media sosial dan aplikasi tidak sah.

“Sebarang urusan kewangan harus dilakukan melalui institusi perbankan atau pemberi pinjam wang yang berlesen dan berdaftar,” katanya.

Op Vulture: 5 lelaki ditahan kes khianat berkait pinjaman wang tanpa lesen

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Selepas Himpunan Turun Anwar, Apakah Ada Langkah Seterusnya?

 

 

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker