SUK Titip Doa Perjalanan Perwakilan Ke PAU, Diisi Semangat Juang Demi Parti

SUK Titip Doa Perjalanan Perwakilan Ke PAU, Diisi Semangat Juang Demi Parti

SUK Titip Doa Perjalanan Perwakilan Ke PAU, Diisi Semangat Juang Demi Parti

KUALA LUMPUR, 11 Jan – Setiausaha Kerja UMNO, Datuk Mohd Sumali Reduan berharap perwakilan yang bakal hadir ke Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2025 di Pusat Dagangan Dunia (WTCKL) tiba dengan selamat.

Katanya, kelancaran perjalanan perwakilan dari seluruh negara amat penting bagi memastikan kelangsungan PAU yang harmoni dan penuh berisi dengan semangat juang yang tinggi.

“Saya harapkan semua yang datang dari pelbagai pelosok negeri seperti Perlis, Johor, Kelantan, Terengganu dan lain-lain dapat tiba dengan selamat ke WTC.

“Semestinya saya doakan mereka akan selamat sampai ke sini dan juga kemudiannya selamat sampai ke destinasi selepas berakhir PAU. Perwakilan ada yang datang naik penerbangan terutamanya Sabah, ada yang naik kereta dan mungkin ada juga yang mereka ada sewa bas.

“Saya dapat maklumat banyak bahagian-bahagian menghantar ahli-ahli UMNO Cawangan datang ke sini melalui bas. InsyaAllah kita doakan PAU kali ini akan lebih meriah dan lebih harmoni,” katanya ketika ditemui UMNO Online usai raptai yang diadakan semalam.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

PAU 2025 Himpun 6,412 Perwakilan, 662 Usul Diterima – SUA


Sementara itu, beliau turut memaklumkan bahawa kehadiran perwakilan dari Sabah pada Perhimpunan Agung UMNO kali ini tidak melibatkan keseluruhan perwakilan, susulan memberi laluan kepada kempen gerak kerja Pilihan Raya Kecil (PRK) Kinabatangan dan Lamag yang sedang berlangsung.

Katanya lagi meskipun berhadapan kesibukan persiapan namun perwakilan Sabah yang dijangka hadir ke PAU menunjukkan semangat tinggi.

“Kita rasa pada awalnya 30 hingga 40 peratus perwakilan Sabah yang akan datang tapi sehingga semalam saya dapat maklumat hampir 70 hingga 80 peratus kehadiran maknanya mereka juga bersemangat untuk menjadi perwakilan dan juga untuk bersama-sama PAU pada tahun ini.

“Ada yang hadir untuk PAU sahaja iaitu Jumaat dan Sabtu dan juga hadir tu untuk sayap namun disebabkan PAU ini adalah satu perkara yang memang dinantikan oleh perwakilan yang hendak turut bersama-sama dalam persidangan,” ujar beliau.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Pemuda UMNO: Antara Perjuangan Dan Pemain Selamat Dalam Barisannya.


Terdahulu, Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki pada semalam memaklumkan PAU 2025 akan dihadiri seramai 6,412 orang perwakilan dari seluruh negara ini termasuk di Perhimpunan Agung UMNO 2,928, PAU Wanita 1,165 orang, PAU Pemuda UMNO 1,173 orang dan PAU Pergerakan Puteri UMNO 1,146 orang.

Menurut beliau sebanyak 662 usul diterima antaranya membabitkan konteks politik, agama, pendidikan dan ekonomi. – UMNO Online

Oleh: Nurul Saadah Latib

SUK Titip Doa Perjalanan Perwakilan Ke PAU, Diisi Semangat Juang Demi Parti

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

PRK Kinabatangan & Lamag: Wanita UMNO Sabah Tekad Bantu Pastikan Kemenangan BN

 



Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker