Cerun runtuh, 12 termasuk pesakit strok dipindahkan

Cerun runtuh, 12 termasuk pesakit strok dipindahkan

Cerun runtuh, 12 termasuk pesakit strok dipindahkan
SERAMAI 12 penghuni sebuah rumah di Felda Neram 1 cemas apabila cerun belakang rumah runtuh. FOTO Bomba

Chukai: Seramai 12 penghuni sebuah kediaman di Felda Neram 1, di sini, berdepan detik cemas apabila cerun di belakang rumah mereka runtuh.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Cheneh, Mohd Hafizul Mohamad berkata, tanah runtuh dianggarkan sepanjang 10 meter berlaku di bahagian belakang rumah berkenaan jam 6.57 petang, namun tidak membabitkan struktur kediaman.

Menurutnya, semua mangsa membabitkan enam lelaki dewasa termasuk seorang pesakit strok, tiga wanita dewasa dan tiga kanak-kanak perempuan.

“Pasukan bomba bertindak membawa pesakit strok berkenaan ke rumah Pengerusi Felda Neram 1 sebagai langkah keselamatan, manakala penghuni lain dinasihatkan supaya berpindah.

“Operasi masih diteruskan dengan pemantauan rapi di lokasi kejadian bagi memastikan tiada risiko susulan, dengan bantuan tiga anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM),” katanya.

Cerun runtuh, 12 termasuk pesakit strok dipindahkan

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

‘Jangan Lagi Singgung Perasaan, Sensitiviti Rakyat… Ini Masa Untuk Bekerja’

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker