Rumah cucu Tun M dipecah masuk, barang kemas dilarikan
Rumah cucu Tun M dipecah masuk, barang kemas dilarikan

KUALA LUMPUR: Sebuah kediaman yang didiami cucu kepada bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, di Bukit Ledang, Bukit Damansara, di sini, dilaporkan dipecah masuk hingga mengakibatkan kerugian hampir RM1.8 juta.
Kejadian pecah masuk itu disedari oleh pembantu rumah pada Rabu lalu sebelum laporan polis dibuat di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Brickfields, semalam.
Berdasarkan maklumat sumber, kejadian dipercayai berlaku ketika pemiliknya tidak berada di rumah berkenaan yang hanya didiami oleh pembantu rumah bersama dua pengawal keselamatan
“Kejadian disedari sekitar jam 3 petang Rabu lalu selepas pembantunya mendapati pintu pagar di bahagian belakang rumah dipotong dan bilik mangsa dimasuki pencuri selepas dia memeriksa barang di dalam bilik.
“Pembantu mendapati sejumlah barang kemas telah hilang dan memaklumkan kepada majikannya sebelum laporan polis dibuat keesokkan harinya,” katanya ketika dihubungi BH hari ini.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Pengajaran Penting Kepada Malaysia Dari Perang Di Timur Tengah
- Payung Besar Mahathir Untuk Siapa Sebenarnya
- Apakah Kemasukan Semula KJ Mempunyai Tambah Nilai Kepada UMMO
Sementara itu, Pemangku Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Mohamed Usuf Jan ketika dihubungi mengesahkan berhubung kejadian.
“Setakat ini siasatan lanjut sedang dijalankan dan kerugian dianggarkan bernilai RM1.8 juta iaitu membabitkan kehilangan barang kemas di bilik mangsa.
“Suspek setakat ini masih belum dikenal pasti dan pihak polis masih meneiliti kamera rakaman litar tertutup (cctv) di kediaman terbabit,” katanya.
Rumah cucu Tun M dipecah masuk, barang kemas dilarikan
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Pelantikan Semula Tengku Maimun Bukan Penyelesaian Kredibiliti Institusi Kehakiman
- Perlukah UMNO Terima Hishamuddin Hussien?
- Rupanya Gencatan Senjata Yang Di Umumkan Trumph Hanya Syok Sendiri
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Menuduh 160 Ketua UMNO Bahagian Biadab Adalah Sangat Tidak Beretika
You must be logged in to post a comment.