CEO, Naib Presiden ‘overtime’ di pejabat ‘direhatkan’
CEO, Naib Presiden ‘overtime’ di pejabat ‘direhatkan’

SINGAPURA – Nama Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) PropertyLimBrothers (PLB), Melvin Lim dan Naib Presiden, Grayce Tan digugurkan daripada carta kepimpinan syarikat di laman web firma ejen hartanah Singapura itu, lapor portal berita Mothership.
Tindakan itu dibuat selepas Lim dan Tan yang juga pempengaruh media sosial, dipercayai menjalinkan hubungan sulit.
Rakaman video dimuat naik di platform Reddit memaparkan ‘bunyi aneh’ di sebalik pintu yang tertutup sebelum Lim dan Tan dirakam keluar dari pejabat tersebut pada 19 Januari lalu.
Selain halaman profil mereka di laman web PLB, akaun LinkedIn milik Tan turut diturunkan.
Beberapa tangkap layar yang menampilkan perbualan antara Lim dan syarikat itu tular di media sosial.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- KKDW Pacu Pembangunan Desa, Manfaat Besar Kepada Rakyat – Manndzri
- PRK Kinabatangan, Lamag: Bukti Kerjasama Politik Matang Jamin Kemenangan BN – Salleh
- Mohd Zaidy Utamakan Kepentingan Rakyat, Tangani Keperluan Untuk Kesejahteraan
Ugutan Pertandingan Tiga Penjuru Bukan Tanda Keberanian Politik – Abdul Halim
Dalam mesej itu, Lim mengakui membuat kesilapan dan memohon maaf kerana melanggar batas, sambil menambah bahawa beliau akan ‘berehat’ dalam tempoh beberapa bulan untuk menumpukan perhatian kepada keluarganya.
“Saya telah menangani perkara ini dengan keluarga saya dan kini sedang mengambil masa beberapa bulan untuk memberi tumpuan kepada pemulihan dan perlindungan keluarga saya,” kata Lim.
Mesej itu juga menyatakan bahawa beliau dan Tan akan melepaskan jawatan kepimpinan semasa mereka agar syarikat dapat beroperasi dengan stabil dan tanpa gangguan. – AGENSI
CEO, Naib Presiden ‘overtime’ di pejabat ‘direhatkan’
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Puteri UMNO Komited Perkasa Ekonomi Wanita Muda
- PPBM Perlu Muhasabah, Jangan Terus Menjadi Punca Perpecahan Orang Melayu
- Kepimpinan Muda BN Raih Kepercayaan, Bawa Aspirasi Rakyat – Rushamizan
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Utamakan Sistem Tempatan, Perkukuh Keupayaan Keselamatan Dan Kebajikan Rakyat – Suhaimi
You must be logged in to post a comment.