UMNO Tidak Perlu Skeptikal Perjuang Agama, Bangsa Dan Negara

UMNO Tidak Perlu Skeptikal Perjuang Agama, Bangsa Dan Negara

UMNO Tidak Perlu Skeptikal Perjuang Agama, Bangsa Dan Negara

KUALA LUMPUR, 6 Jan – UMNO juga tidak perlu takut atau bersikap skeptikal apabila tegas memperjuangkan agama, bangsa dan negara, kata Exco Pergerakan Pemuda UMNO, Muhamad Nur Aizat Noor Azam.

Ini kerana katanya, pandangan mengenai politik identiti dilabel lapuk dan tidak relevan sebenarnya menafikan realiti kuasa sebenar.

“Saya ingin menyentuh kepentingan UMNO kembali kepada asas identiti perjuangannya, iaitu demi agama Islam, bangsa Melayu dan tanah air. Politik identiti sering dilabel sebagai lapuk dan tidak relevan. Hakikatnya, pandangan ini tidak jujur dan menafikan realiti kuasa sebenar. Dalam hampir semua demokrasi matang, politik identiti bukan sahaja wujud, malah menjadi antara alat paling berkesan untuk meraih dan mempertahankan kuasa.

“Lihat Amerika Syarikat. Kebangkitan Donald Trump dibina melalui kempen yang mengeksploitasi ketakutan identiti majoriti kulit putih, khususnya di kawasan yang homogen dan rendah migran.

“Slogan seperti America First, penentangan terhadap migrasi dan penolakan nilai liberal menjadi teras kempen. Walaupun istilah ‘white supremacy’ jarang disebut secara terbuka, mesejnya jelas bahawa identiti majoriti sedang terancam dan perlu dipertahankan melalui kuasa politik.

DISYORKAN UNTUK ANDA :

Mesyuarat Khas UMNO Perak Bincang Isu Semasa Dan Perancangan 2026


“Kempen ini berjaya dan menggegarkan sistem politik Amerika. Ini membuktikan bahawa kemajuan ekonomi dan teknologi tidak mematikan politik identiti, sebaliknya menjadikannya lebih strategik serta agresif,” katanya menerusi hantaran di laman Facebooknya.

Tegasnya, adalah hipokrit untuk menyerang politik identiti Melayu-Islam di Malaysia seolah-olah ia ketinggalan zaman.

“Semua bangsa berpolitik berasaskan identiti masing-masing. Bezanya hanyalah sama ada ia diakui secara jujur atau disembunyikan di sebalik istilah liberal dan kosmopolitan.

“UMNO sejak awal penubuhannya jelas dengan identitinya. UMNO ditubuhkan untuk mempertahankan Islam, Melayu dan Raja-Raja Melayu dalam kerangka Perlembagaan Persekutuan.

“Ini bukan ekstremisme, tetapi politik identiti yang sah, bersejarah dan berperlembagaan. Menuntut UMNO meninggalkan asas ini adalah tidak realistik, apatah lagi apabila negara maju sendiri tidak menafikan peranan identiti dalam politik mereka,” katanya lagi.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Kerjasama Strategik Mampu Jadi Pemangkin Transformasi Ekonomi Negeri


Beliau yang juga Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Merbok berkata, UMNO tidak boleh memilih untuk berdiam diri sekiranya perkara-perkara yang telah digariskan itu dicabuli oleh sesetengah pihak.

“UMNO juga tidak perlu takut atau bersikap skeptikal apabila tegas memperjuangkan agama, bangsa dan negara. Isu-isu seperti penggunaan kalimah Allah pada stokin, penghinaan terhadap Jalur Gemilang dan persoalan kesahihan Titah Addendum oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong ke-16 menunjukkan bahawa garis asas negara sedang diuji secara terbuka.

“Apabila perkara-perkara ini dipersoalkan, dipersendakan atau diraikan tanpa sensitiviti, UMNO tidak boleh memilih untuk berdiam diri atas alasan menjaga persepsi. Ketegasan mempertahankan agama, simbol negara dan institusi Raja-Raja Melayu bukan ekstremisme, tetapi tanggungjawab yang lahir daripada sejarah penubuhan UMNO dan sumpah setia kepada Perlembagaan Persekutuan.

“Dalam masa sama, kebelakangan ini juga wujud perkembangan dan naratif tertentu yang menyentuh perkara-perkara asas dalam struktur perlembagaan negara, termasuk institusi Raja dan kuasa termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan. Isu-isu sebegini tidak boleh dipandang ringan dan perlu dibincangkan secara matang dan berprinsip,” katanya lagi.

Mengulas lanjut, beliau berpandangan bahawa UMNO ditubuhkan untuk menjadi benteng bagi mempertahankan kepentingan bangsa Melayu dan agama Islam.

“Ini bukan soal individu. Ini soal asas negara bangsa dan keseimbangan kuasa.
UMNO tidak ditubuhkan untuk menjadi pemerhati yang selesa, tetapi untuk menjadi benteng.

“Jika negara maju pun berani menggunakan politik identiti untuk mempertahankan kepentingan majoriti mereka, UMNO tidak perlu malu dalam mempertahankan Melayu dan Islam selagi ia dilakukan secara berperlembagaan, adil serta bertanggungjawab. Politik identiti bukan masalah,” katanya lagi. – UMNO Online

UMNO Tidak Perlu Skeptikal Perjuang Agama, Bangsa Dan Negara


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

PRK Lamag, Kinabatangan: Semoga Kemenangan Kepada Calon Kita – Ahmad Zahid

 



Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker