Wanita trauma dimalukan menerusi siaran langsung TikTok

Wanita trauma dimalukan menerusi siaran langsung TikTok

Wanita trauma dimalukan menerusi siaran langsung TikTok

SUBANG JAYA: Suri rumah trauma selepas bukan sahaja dimalukan dalam siaran langsung di aplikasi TikTok, malah diperas ugut RM10,000.

Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Wan Azlan Wan Mamat berkata wanita berusia 46 tahun ketika berada di rumahnya di Taman Puchong Perdana, Puchong jam 1 tengah hari kelmarin melihat siaran langsung TikTok seorang wanita dikenali memburukkan keluarganya dengan perkataan berbaur ugutan terutama kepada adik lelaki dan adik perempuannya.

Menurutnya, wanita berkenaan juga menunjukkan gambar adik lelaki serta adik perempuannya dalam siaran langsung itu sambil membuat tuduhan tidak berasas.

“Selepas siaran terbabit, mangsa menerima mesej WhatsApp dari nombor tidak dikenali menggugut mahu mencederakannya serta ahli keluarga.

“Selain itu wanita yang membuat siaran TikTok pernah menghubungi adik pengadu meminta hutang RM10,000 sedangkan adiknya menafikan pernah meminjam wang daripada wanita terbabit,” katanya dalam kenyataan hari ini.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Rafizi Akan Ulangi Sejarah Kejatuhan Tun Ghafar Baba Dalam Pemilihan UMNO 1993


Siasatan mendapati kejadian berlaku melalui siaran TikTok dari akaun seorang wanita yang dikenalinya bermula sejak April 2025.

“Kejadian itu memberi tekanan kepada ahli keluarga pengadu setelah ia ditonton ramai pengikut suspek berkenaan dan menerima mesej ugutan dari nombor tidak dikenali disyaki ada kaitan dengan siaran berkenaan.

“Suspek wanita berusia awal 40-an dan polis akan mengesan serta menangkap suspek dengan segera,” katanya.

Kes disiasat mengikut Seksyen 384 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Wanita trauma dimalukan menerusi siaran langsung TikTok

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Kemasukan Tengku Zafrul Ke PKR Bakal Gugat Keharmonian Kerajaan Perpaduan

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker