26 negara sertai Piala Dunia Sepak Takraw 2026

26 negara sertai Piala Dunia Sepak Takraw 2026

26 negara sertai Piala Dunia Sepak Takraw 2026
PRESIDEN Persatuan Sepaktakraw Malaysia (PSM), Datuk Mohd Sumali Reduan (tiga, kiri) dan Setiausaha Agung Persekutuan Sepaktakraw Antarabangsa (ISTAF), Datuk Abdul Halim Kader (empat, kanan) bergambar ketika sidang media hari ini. FOTO BERNAMA

Kuala Lumpur: 26 negara bakal mengambil bahagian pada Piala Dunia Sepak Takraw 2026 yang akan berlangsung pada 12-24 Mei depan.

Presiden Persekutuan Sepaktakraw Malaysia (PSM) Datuk Mohd Sumali Reduan berkata 14 negara bakal mengambil bahagian divisyen premier manakala selebihnya akan bertanding dalam divisyen 1.

“Untuk divisyen primer, acara yang dipertandingkan ialah kuadran, regu dan regu berpasukan manakala divisyen satu hanya dua acara sahaja iaitu regu dan kuadran.

“Bagi divisyen primer antara pasukan yang mengambil bahagian ialah Malaysia, Thailand, Vietnam dan Singapura termasuk dua yang dinaik pangkat, Iran dan Taiwan,” katanya pada sidang media hari ini.

Beliau berkata divisyen satu pula pasukan yang bertanding termasuk Amerika Syarikat, Poland serta Perancis.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

PRK Lamag, Kinabatangan: Semoga Kemenangan Kepada Calon Kita – Ahmad Zahid


Dalam pada itu, Mohd Sumali memaklumkan tiada had ditetapkan kepada negara yang bertanding untuk menyertai acara dipertandingkan dalam divisyen masing-masing berbanding sebelum ini.

“Jadi saya menjangkakan Piala Dunia kali ini akan lebih rancak dan semua negara yang mengambil bahagian boleh masuk kesemua acara yang dipertandingkan dalam divisyen masing-masing,” katanya.

Mengulas mengenai persiapan negara sebagai tuan rumah Piala Dunia, beliau optimis Malaysia mampu menganjurkan kejohanan dengan cemerlang.

Mohd Sumali turut memaklumkan Stadium Titiwangsa, di sini akan sekali lagi menjadi venue bagi kejohanan berkenaan sama seperti Piala Asia tahun lepas dan Piala Dunia 2024.

Pada Piala Dunia tahun lepas yang berlangsung di Bihar, India, Malaysia berjaya membawa pulang tiga pingat gangsa menerusi doubles lelaki serta regu dan kuadran wanita.

DISYORKAN UNTUK ANDA :

Mesyuarat Khas UMNO Perak Bincang Isu Semasa Dan Perancangan 2026


Malaysia tidak menyertai acara regu dan regu berpasukan lelaki pada edisi berkenaan memandangkan tidak dipertandingkan bagi divisyen premier.

26 negara sertai Piala Dunia Sepak Takraw 2026

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

UMNO Tidak Perlu Skeptikal Perjuang Agama, Bangsa Dan Negara

 

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker