Pilot darat Indonesia lari lintang pukang ditahan JPJ
Pilot darat Indonesia lari lintang pukang ditahan JPJ

GOMBAK: Pilot darat warga Indonesia lari ke dalam hutan selepas helahnya menggunakan kad pengenalan (MyKad) dan lesen vokasional (GDL) palsu berjaya dihidu Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) di sini, semalam.
Pengarah Kanan Penguatkuasa JPJ, Muhammad Kifli Ma Hassan berkata, pemandu warga asing terbabit antara dikesan menerusi Operasi Khas Kenderaan Perdagangan Warga di sekitar Sungai Pusu, Selayang kira-kira 5.30 petang semalam.
Difahamkan, warga asing terbabit mengemukakan dokumen palsu terbabit ketika ditahan, namun pemeriksaan menerusi aplikasi MyJPJ mendapati tiada butiran lelaki berkenaan.
“Ketika ditahan warga asing berusia 40-an terbabit memberikan dokumen MyKad dan lesen kepada anggota JPJ kemudian terus melarikan diri ke dalam hutan berhampiran.
“Pemandu terbabit sudah menghilangkan diri dan isu dokumen palsu ini adalah kesalahan serius.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Rupanya Gencatan Senjata Yang Di Umumkan Trumph Hanya Syok Sendiri
- Apa Lagi Yang Rafizi Tak Puas Hati
- Pengajaran Penting Kepada Malaysia Dari Perang Di Timur Tengah
“Kita akan siasat sindiket yang mengeluarkan lesen palsu itu,” katanya pada sidang media di Stesen Penguatkuasa JPJ Gombak, di sini, hari ini.
Menurutnya, pihak JPJ menyita empat kenderaan berat yang bukan sahaja dipandu warga asing, malah membawa lebih muatan sehingga 70 peratus.
Katanya, lebih membimbangkan apabila pemeriksaan rapi dilakukan mendapati ada antara kenderaan terbabit dipandu walaupun dalam keadaan tayar ‘botak’ sehingga tahap kelihatan lapisan besi dalam lapisan tayar.
Muhammad Kifli berkata, pihak Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) turut menahan seorang pemandu warga Indonesia kerana tiada dokumen perjalanan yang sah dan dipercayai sudah tinggal lebih masa.
Mengulas lanjut Muhammad Kifli berkata, kes pemalsuan lesen bukan kes terpencil namun masih dalam keadaan terkawal setakat ini.
Pilot darat Indonesia lari lintang pukang ditahan JPJ
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Selepas Himpunan Turun Anwar, Apakah Ada Langkah Seterusnya?
- Menuduh 160 Ketua UMNO Bahagian Biadab Adalah Sangat Tidak Beretika
- Pelantikan Semula Tengku Maimun Bukan Penyelesaian Kredibiliti Institusi Kehakiman
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
You must be logged in to post a comment.