Pengurus bilik hotel rugi RM211,000 akibat pelaburan tidak wujud

Pengurus bilik hotel rugi RM211,000 akibat pelaburan tidak wujud

Pengurus bilik hotel rugi RM211,000 akibat pelaburan tidak wujud

KUANTAN: Seorang pengurus bilik hotel berusia 49 tahun mengalami kerugian RM211,000 selepas terpedaya dengan skim pelaburan tidak wujud melalui penipuan secara dalam talian.

Ketua Polis Pahang Datuk Seri Yahaya Othman, berkata berdasarkan laporan semalam, lelaki terbabit melihat satu iklan pelaburan dikenali ‘Gexert Max’ di laman sosial Facebook pada 16 Mac lalu.

Katanya, mangsa kemudiannya berhubung dengan seorang wanita melalui aplikasi WhatsApp.

“Suspek memperdaya mangsa dengan menjanjikan pulangan pelaburan yang tinggi dan diberikan pautan aplikasi pelaburan bagi tujuan pelaburan.

“Tertarik dengan pelaburan itu mangsa melakukan enam transaksi kepada dua akaun bank antara 4 dan 11 Jun lalu, membabitkan jumlah keseluruhan RM211,000 dengan menggunakan wang simpanan sendiri.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Pengajaran Penting Kepada Malaysia Dari Perang Di Timur Tengah


“Selepas transaksi dibuat, mangsa diminta untuk membuat bayaran tambahan tetapi tidak berbuat demikian selepas menyedari tiada sebarang pulangan diterima.

“Kes ini disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Susulan kes itu, Yahaya menasihati orang ramai sentiasa berwaspada dengan sindiket pelaburan tidak wujud terutama yang menjanjikan keuntungan lumayan.

“Oleh itu, masyarakat disarankan segera menghubungi Pusat Respons Scam Kebangsaan (NSRC) di talian 997 untuk mengelak daripada menjadi mangsa penipuan” katanya.

Pengurus bilik hotel rugi RM211,000 akibat pelaburan tidak wujud


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Pelantikan Semula Tengku Maimun Bukan Penyelesaian Kredibiliti Institusi Kehakiman

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker